Siapa Cacat?
Language: English, Bahasa Malaysia
Subtitle/Surtitle: English, Bahasa Malaysia
Category: Theatre
Duration: 80 minutes without intermission
Doors Open: 15 minutes before the event
Seating: Free Seating
Dress Code: Casual
Recommended for: 13 years old and above
Price
RM30.00, RM50.00
from
RM30.00
Additional Fee Applies
Duration: 80 minutes without intermission
Doors Open: 15 minutes before the event
Seating: Free Seating
Dress Code: Casual
Recommended for: 13 years old and above
Ticketing
About
Siapa Cacat? is a Disabled-led theatre production co-directed by Ho Lee Ching and Jazzie Lee Jin Jye, featuring seven Disabled performers: Ameera Ramlee, Dino N. Hassan, Fndrocka Notapurba, Gejaletchumi Murugaya, Lavinia A., Nuna Wan and Nur Aisyah Shahimee, and interpreter Aw Wei Chun.
Set at a bus stop, the performance unfolds as different figures come and go, each waiting for the newly promised accessible Bus 801 to arrive and allow them to continue with their day. Through a series of scenes and monologues, the performers share moments of playful defiance, escapism and reflection on agency, time and belonging.
At its heart, Siapa Cacat? seeks to reclaim the word “cacat”. Often used as a slur, the production offers a powerful statement of empowerment and a provocation to reconsider who belongs on stage. It reframes disability as culture, aesthetics and creativity, while commenting on the stigma faced by the disabled community in Malaysia.
About Teater Untuk Semua (TUS):
Teater Untuk Semua (TUS) began in 2024 as a research and documentation project exploring accessible approaches to theatre training. Now a growing collective of Disabled creators, TUS continues to challenge ableist barriers in Kuala Lumpur’s theatre landscape through collaborative, disability-affirming, and accessible performance-making. It aims to enable Disabled people to fully participate in Malaysia’s cultural ecosystem.
Credits:
Co-Directors:
Ho Lee Ching
Jazzie Lee Jin Jye
Performers:
Ameera Ramlee
Dino N. Hassan
Fndrocka Notapurba
Gejaletchumi Murugaya
Lavinia A.
Nuna WanNur
Aisyah Shahimee
Aw Wei Chun
Sign Language Coordinator & Main Interpreter:
Aw Wei Chun
Stage Manager:
Meshalini Muniandy
Images: Transhallow
Access Information:
Accessibility is integrated into both the process and performance of Siapa Cacat?
- Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) interpretation integrated into the show
- Audio Description (AD) available. The descriptions are delivered in a mix of Bahasa Malaysia and English. Audio Description is a support service primarily intended for visually impaired audience members. Due to the limited availability of AD devices, we will prioritise access for those who require it most. If you require AD, please select this option before checkout so we can get in touch and make the necessary arrangements.
- Wheelchair access. If you are a wheelchair user, please select this option before checking out so we can get in touch to make the necessary arrangements.
- Bahasa Malaysia and English surtitles are provided for all performances.
Content Advisory:
This performance contains sexual references.
What to expect in the show:
There will be 8 actors and 2 crew members on stage moving in and out. There will be use of verbal speech, sign language and some movements on stage. There will be changes in lighting and sound such as bell ringing, clock ticking, music and singing on stage.
Siapa Cacat? ialah pementasan teater dikendali oleh golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang diarah oleh Ho Lee Ching dan Jazzie Lee Jin Jye, bersama lapan orang pelakon OKU: Ameera Ramlee, Dino N. Hassan, Fndrocka Notapurba, Gejaletchumi Murugaya, Lavinia A., Nuna Wan, Nur Aisyah Shahimee dan Sharifah Nur Jahan.
Berlatar di sebuah hentian bas, pementasan ini berlangsung apabila pelbagai watak datang dan pergi, masing-masing menunggu ketibaan Bas 801 yang baharu dijanjikan sebagai lebih mesra akses agar mereka dapat meneruskan urusan harian. Melalui rangkaian adegan dan monolog, para pelakon berkongsi detik-detik berseloroh, eskapisme, serta renungan tentang kuasa, masa dan kebersamaan.
Pada terasnya, Siapa Cacat? berusaha menuntut kembali makna perkataan “cacat.” Sering digunakan sebagai penghinaan, produksi ini menawarkan sebuah pernyataan pemerkasaan yang kuat serta menjemput kita mempersoalkan semula siapa yang berhak berada di pentas. Pementasan ini membingkai semula kekurangupayaan sebagai budaya, estetika dan kreativiti, sambil mengulas stigma yang dihadapi oleh komuniti OKU di Malaysia.
Tentang Teater Untuk Semua (TUS):
Teater Untuk Semua (TUS) bermula pada tahun 2024 sebagai projek penyelidikan dan dokumentasi yang meneroka pendekatan latihan teater yang lebih mudah diakses. Kini berkembang sebagai sebuah kolektif pencipta OKU, TUS terus mencabar halangan ableisme dalam landskap teater Kuala Lumpur melalui pementasan kolaboratif, mengiktiraf kekurangupayaan dan keterangkuman. Usaha ini bertujuan membolehkan golongan OKU mengambil bahagian sepenuhnya dalam ekosistem budaya Malaysia.
Penghargaan:
Pengarah Bersama:
Ho Lee Ching
Jazzie Lee Jin Jye
Pelakon:
Ameera Ramlee
Dino N. Hassan
Fndrocka Notapurba
Gejaletchumi Murugaya
Lavinia A.
Nuna WanNur
Aisyah Shahimee
Sharifah Nur Jahan
Aw Wei Chun
Penyelaras Bahasa Isyarat & Jurubahasa Utama:
Aw Wei Chun
Pengurus Pentas:
Meshalini Muniandy
Imej: Transhallow
Maklumat Akses:
Aksesibiliti diintegrasikan dalam kedua-dua proses dan pementasan Siapa Cacat?.
- Interpretasi Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) disepadukan dalam persembahan.
- Perihalan Audio (Audio Description) turut disediakan. Perihalan disampaikan dalam campuran Bahasa Melayu dan Inggeris. Perihalan Audio ialah perkhidmatan sokongan khusus yang ditujukan kepada penonton yang mempunyai masalah penglihatan. Oleh kerana jumlah peranti AD adalah terhad, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang paling memerlukannya. Jika anda memerlukan AD, sila pilih pilihan ini sebelum membuat pembayaran supaya kami dapat menghubungi anda dan membuat persediaan yang diperlukan.
- Akses kerusi roda disediakan. Jika anda pengguna kerusi roda, sila pilih pilihan ini sebelum membuat pembayaran supaya kami dapat menghubungi anda dan membuat persediaan yang diperlukan.
- Sari kata Bahasa Melayu dan Inggeris disediakan untuk semua pementasan.
Amaran:
Persembahan ini mengandungi rujukan seksual.
Apa yang boleh dijangkakan dalam persembahan:
Terdapat lapan pelakon dan dua kru di atas pentas yang akan keluar masuk sepanjang persembahan. Persembahan akan melibatkan pertuturan lisan, bahasa isyarat, serta beberapa pergerakan di pentas. Terdapat juga perubahan pencahayaan dan bunyi seperti deringan loceng, detikan jam, muzik dan nyanyian di atas pentas.