The Foundry
Language: English, Bahasa Malaysia
Category: Museums & Galleries, Art, Workshop
Price
RM180.00
from
RM180.00
Price
RM180.00
from
RM180.00
Ticketing
This event can be booked on an external platform.
About
The Foundry is the Royal Selangor Visitor Centre’s premier workshop that offers the company’s signature casting experience. Visitors get to cast using a selection of moulds, the latest ones being Made in Malaysia, inspired by local flora, fauna and familiar cultural forms.
Forming part of the curated experience that encompasses a tour of the factory and a glance at the gold and silversmith ateliers, The Foundry offers an experience that enables visitors to create keepsakes, and at the same time learn about pewter by doing.
Pewter is heritage material, typically aligned with traditional production techniques and rich manufacturing narratives. To cast within this environment at the Foundry is to deepen the appreciation of pewtersmithing.
Each session will be supervised by a staff member who will brief the visitor on techniques in casting, health and safety, and the types of moulds to use. Priced at RM180 per person, each session at The Foundry allows participants to choose two designs, create their own pewter pieces, and take home the finished creations. Beyond the usual souvenir, the casting of the moulds grounds the visitors’ experience in something uniquely personal and distinctively Malaysian. It also gives locals a fresh, fun way of appreciating their everyday objects.
The Foundry ialan bengkel utama Pusat Lawatan Royal Selangor yang menawarkan pengalaman tuangan tersohor syarikat ini. Pengunjung berpeluang melakukan proses tuangan menggunakan pilihan acuan yang disediakan, termasuk koleksi terbaharu Made in Malaysia yang diinspirasikan daripada flora, fauna serta bentuk budaya tempatan yang lazim.
Sebagai sebahagian daripada pengalaman kurasi yang merangkumi lawatan ke kilang serta peluang menyaksikan atelier pertukangan emas dan perak, The Foundry turut menawarkan pengalaman yang membolehkan pengunjung menghasilkan cenderamata sendiri, sambil mempelajari secara langsung tentang piuter melalui proses pembuatannya.
Piuter merupakan bahan warisan yang lazimnya dikaitkan dengan teknik penghasilan tradisional serta sejarah pembuatan yang kaya. Pengalaman melakukan tuangan dalam persekitaran The Foundry ini membuka ruang untuk pengunjung lebih menghargai seni pertukangan piuter.
Setiap sesi akan dipantau oleh kakitangan bertugas yang akan memberi penerangan tentang teknik tuangan, aspek kesihatan dan keselamatan, serta jenis acuan yang digunakan. Dengan harga RM180 seorang, setiap sesi di The Foundry membolehkan peserta memilih dua reka bentuk, menghasilkan karya piuter sendiri dan membawa pulang hasil siap tersebut. Lebih daripada sekadar cenderamata biasa, proses menuang acuan ini menjadikan pengalaman pengunjung lebih tersendiri dan bercirikan budaya Malaysia. Pada masa yang sama, pengalaman ini turut menawarkan sudut pandangan baharu dan menyeronokkan buat masyarakat tempatan untuk menghargai objek harian di sekeliling mereka.