Fragments of Tuah
Language: English, Bahasa Malaysia
Category: Theatre
Duration: 80 minutes without intermission
Doors Open: 15 minutes before the event
Seating: Free Seating
Dress Code: Casual
Recommended for: 13 years old and above
Price
RM30.00, RM70.00
from
RM30.00
Additional Fee Applies
Duration: 80 minutes without intermission
Doors Open: 15 minutes before the event
Seating: Free Seating
Dress Code: Casual
Recommended for: 13 years old and above
Ticketing
About
Fragments of Tuah is a documentary theatre work set to original songs and music, that revisits, dissects and reimagines the enduring figure of Hang Tuah - the 15th-century warrior whose myth and memory continue to echo across time in modern Malaysia.
Having toured as one of the opening performances for Kyoto Experiment 2025, the one man play researched by Mark Teh, Faiq Syazwan Kuhiri, Syamsul Azhar and Wong Tay Sy, looks at the different facets and phases of the legendary 15th-century figure via a layered collage of perspectives and materials-drawn from archival texts, schoolbooks, songs, state slogans, memories and history.
This second staging in KL once again invites the audience into a space of reflection where the fragments of Tuah are pieced together not to restore a whole, but to explore the gaps, contradictions and questions that linger. Joining this staging are multimedia designer Bryan Chang, musicians/performers OJ Law and Shariman Shuhaime, and stage manager Azmanzaki Amirolzakri. The Fragments of Tuah project was originally produced by June Tan and Hoe Hui Ting.
About the artists:
Faiq Syazwan Kuhiri is a performer, musician, digital producer and member of the Malaysian arts collective Five Arts Centre. He has performed in many Five Arts projects over the past decade, including Something I Wrote, 2-minute solos - Art Meets Politics, Baling, Version 2020, A Notional History, Oppy & Professor Communitas, and MortalMan: Two Monologues, as well as in Lee Ren Xin’s B.E.D. series.
Faiq creates his own original music with the rock band Terrer. The band's critically-acclaimed EP Kaum Lelaki is available on all major music streaming platforms as well as on CD.
OJ Law is a musician, songwriter and music producer, who has independently recorded and released five albums since starting in 2006. His 2020 album All Filter was named one of NME’s Best South-East Asian Albums of the year, and the single Reissues was highlighted as a Hidden Gem of the year by Apple Music 1’s Matt Wilkinson.
Shariman Shuhaime (Man) is a seasoned sound engineer and producer with deep roots in the Malaysian music scene. As one-fourth of The Fatalis and one-fifth of Terrer, Man brings a unique blend of creativity, precision and raw energy to every project he touches. With years of experience both on stage and behind the mixing console, he has developed a finely trained ear for detail and balance.
Beyond live performances, Man has played a crucial role in shaping the sound of numerous tracks and albums under his own imprint. His expertise in mixing and mastering has helped elevate the work of many independent artists, and his reputation continues to grow among musicians and creatives seeking authentic, high-quality production. Whether in the studio or on tour, Man remains committed to pushing sonic boundaries while staying true to the heart of the music.
Credits:
Director: Mark Teh
Performers/Musicians: Faiq Syazwan Kuhiri, OJ Law, Shariman Shuhaime
Production Designer: Wong Tay Sy
Lighting Designer: Syamsul Azhar
Multimedia Designers: Syamsul Azhar, Bryan Chang
Producers: June Tan & Hoe Hui Ting
Images: Pam Lim
Advisory:
Haze effects, strobe and bright lights will be used during the performance.
💡Accessibility Note
If you are a wheelchair user or a senior citizen with limited mobility, please indicate this when booking so we can make the necessary arrangements to welcome you more comfortably.
Fragments of Tuah merupakan sebuah teater dokumentari diiringi lagu dan muzik asal yang meneliti dan membayangkan semula, serta mengkaji susuk Melayu yang tidak luput dek zaman, Hang Tuah — seorang pahlawan kurun ke-15 yang dongeng dan ingatannya terus merentas waktu.
Setelah dipentaskan sebagai salah satu persembahan pembukaan bagi acara Kyoto Experiment 2025, teater pelakon tunggal yang ditelaah oleh Mark Teh, Faiq Syazwan Kuhiri, Syamsul Azhar, dan Wong Tay Sy ini meninjau pelbagai sisi dan fasa susuk legenda abad ke-15, Hang Tuah, melalui kolaj berlapis sudut pandang dan bahan—diambil daripada teks arkib, buku sekolah, lagu, slogan negeri, ingatan, dan sejarah.
Pementasan kedua di Kuala Lumpur sekali lagi menjemput para penonton memasuki ruang perenungan yang menyelami cebisan-cebisan Tuah dicantum semula bukan untuk melengkapkan naratif, sebaliknya meneliti ruang di antara sela-sela, percanggahan dan persoalan lanjut yang berlegar. Bersama-sama produksi ini ialah pereka multimedia, Bryan Chang; pemuzik/pelakon OJ Law dan Shariman Shuhaime; pengurus pentas, Azmanzaki Amirolzakri. The Fragments of Tuah ialah projek asal yang dihasilkan oleh June Tan dan Hoe Hui Ting
Tentang artis:
Faiq Syazwan Kuhiri ialah seorang seniman, pemuzik, penerbit digital dan salah seorang ahli kolektif seni Malaysia, Five Arts Centre. Beliau telah terlibat dengan pelbagai projek Five Arts lebih dari sedekad, termasuklah projek Something I Wrote, 2-Minute Solos - Art Meets Politics, Baling, Version 2020, A Notional History, Oppy & Professor Communitas dan MortalMan: Two Monologues, serta siri B.E.D. Lee Ren Xin. Faiq juga menghasilkan dua lagu gubahan asalnya bersama kugiran rock, Terrer. EP paling disanjung, Kaum Lelaki, boleh didapati daripada semua platform penstriman muzik utama, serta dalam bentuk cakera padat (CD).
OJ Law ialah seorang pemuzik, penulis lirik lagu dan penerbit muzik yang merakam secara mandiri dan mengeluarkan lima album sejak beliau bermula pada tahun 2006. Albumnya pada tahun 2020, All Filter, dinobatkan sebagai Album Asia Tenggara NME Terbaik tahun tersebut. Lagu solo beliau “Reissue” juga diangkat sebagai Hidden Gem pada tahun yang sama oleh Apple Music 1’s Matt Wilkinson.
Shariman Shuhaime (Man) ialah seorang jurutera bunyi berpengalaman dan penerbit veteran dalam bidang muzik Malaysia. Sebagai salah seorang anggota The Fatalis dan Terrer, Man menyuntik kreativiti, ketepatan dan tenaga tanpa batas ke dalam setiap projek kendaliannya. Dengan pengalaman di atas pentas dan di belakang tabir, beliau telah mengasah kepekaan pendengaran terlatih terhadap perincian dan keseimbangan. Selain persembahan langsung, Man memainkan peranan penting dalam membentuk bunyi pelbagai trek dan album di bawah label terbitannya sendiri. Kepakarannya dalam proses mixing dan mastering telah membantu mengangkat karya ramai artis bebas dan reputasinya terus berkembang dalam kalangan pemuzik serta penggiat kreatif yang mencari produksi autentik dan berkualiti tinggi. Tidak kira di studio atau ketika jelajah persembahan, Man kekal komited untuk meneroka batas bunyi sambil setia pada inti utama muzik.
Penghargaan:
Pengarah: Mark Teh
Pelakon/Pemuzik: Faiq Syazwan Kuhiri, OJ Law, Shariman Shuhaime
Pereka Produksi: Wong Tay Sy
Pereka Pencahayaan: Syamsul Azhar
Pereka Multimedia: Syamsul Azhar, Bryan Chang
Imej: Pam Lim
Amaran:
Kesan kabut, lampu strob dan cahaya terang akan digunakan sepanjang persembahan.