Seri Negara: Charting the Course of Merdeka
Language: English, Bahasa Malaysia
Category: Museums & Galleries
Duration: 999 minutes without intermission
Price
RM0.00
from
RM0.00
Price
RM0.00
from
RM0.00
Duration: 999 minutes without intermission
Ticketing
This event can be booked on an external platform.
About
Visitors are invited to explore Seri Negara — a historic heritage house where important discussions that led to Malaysia’s independence once took place.
Today, the building has been transformed into an immersive heritage destination by Khazanah Nasional Berhad under the larger Warisan KL initiative. Visitors can experience Malaysia’s journey to nationhood through a compelling cinematic film and interactive galleries, alongside the Galeri Khazanah space showcasing selected works from the Khazanah art collection.
After visiting, guests can enjoy a meal or coffee at Semuka Cafe or Serai House, where they can savour delicious local delights within the charming surroundings of this historic building.
A perfect stop to experience Malaysian history, art, culture and cuisine in one place.
The historical narratives featured in the “Seri Negara: Charting the Course of Merdeka” exhibition at Seri Negara illuminate Carcosa’s and Seri Negara’s pivotal roles in Malaysia’s journey towards Malaysia's independence. Tracing the site’s evolution—from its beginnings as the official residence of British colonial administrators and a guesthouse for dignitaries to its transformation into powerful witnesses of nationhood—the exhibition maps defining moments in the formation of modern Malaysia for Malaysians.
On the ground floor, visitors are welcomed by the Introduction space to Seri Negara, where a chronological timeline of Carcosa and Seri Negara and Seri Negara’s architectural features are presented through a striking installation of a tiered or deconstructed model. A model of Carcosa is showcased, granting visitors a preview of the building that awaits restoration in the years to come. At Ruang Merdeka, a curated selection of artworks from the Khazanah Nasional Berhad collection will also be on display, complementing the hybrid format of the virtual exhibition “Shifting Landscapes: Mapping Space, Time and Memory”, and complementing Seri Negara Gallery’s theme on nation-building.
The journey continues upstairs, where the first of four galleries opens with a compelling introduction to Seri Negara’s role as a silent witness to the nation’s unfolding history. Visitors are invited to experience “The Wall Speaks”, a short cinematic film that brings this story to life through moving imagery and atmospheric storytelling. The exhibition on Seri Negara offers a multifaceted, inclusive narrative that celebrates the will, efforts and resistance of the people in building this country from an era before colonial intervention until the signing of the Federation of Malaya and Independence Agreements. As a tribute to Carcosa and Seri Negara’s longstanding legacies, Seri Negara was chosen as a site to memorialise the country’s heritage and memory, as well as the people’s aspiration to continuously shape the nation’s future.
Para pengunjung dijemput untuk meneroka Seri Negara—sebuah bangunan warisan bersejarah yang menjadi saksi bisu kepada detik-detik terpenting negara yang membantu menuju kemerdekaan.
Kini, bangunan Seri Negara telah ditransformasikan menjadi sebuah destinasi warisan yang imersif oleh Khazanah Nasional Berhad di bawah inisiatif yang lebih meluas iaitu Warisan KL. Pengunjung boleh menghayati perjalanan pembinaan bangsa tanah air melalui tayangan filem sinematik dan galeri interaktif, di samping ruangan Galeri Khazanah yang menampilkan beberapa karya terpilih daripada koleksi seni Khazanah.
Setelah selesai lawatan, pengunjung boleh bersantai menikmati hidangan tempatan atau kopi di Semuka Cafe atau Serai House yang berada di persekitaran penuh mempesonakan berhampiran bangunan bersejarah tersebut.
Seri Negara merupakan destinasi terbaik untuk menyelami sejarah, seni, budaya dan masakan Malaysia—segalanya di satu tempat.
Naratif bersejarah turut ditampilkan dalam pameran “Seri Negara: Meniti Arus Merdeka” di bangunan tersebut yang mengetengahkan peranan utama Carcosa dan Seri Negara dalam perjalanan tanah air mengecapi kemerdekaan. Dalam meniti semula susur galur tapak tersebut—dari detik permulaannya sebagai kediaman rasmi pentadbir British Kolonial dan rumah tetamu bagi orang-orang ternama hinggalah ke transformasinya sebagai saksi ulung pembangunan sebuah bangsa negara—pameran berikut memetakan detik bersejarah dalam pembentukan Malaysia moden untuk rakyat Malaysia.
Di aras bawah, pengunjung dijemput ke ruang pengenalan Seri Negara yang menyaksikan garis masa Carcosa dan Seri Negara dipamerkan secara kronologi, serta ciri-ciri seni bina Seri Negara yang ditonjolkan melalui seni instalasi yang visual yang menampilkan model bertingkat atau model yang disingkap binaannya. Selain itu, pengunjung turut dapat menyaksikan sebuah model Carcosa yang berpameran yang memberi gambaran bagaimanakah bangunan tersebut akan kelihatan setelah kerja-kerja pemuliharaan sudah selesai. Di Ruang Merdeka, kurasi karya seni terpilih daripada koleksi Khazanah Nasional Berhad turut berpameran, pada masa yang sama melengkapi format hibrid pameran maya “Peralihan Landskap: Memeta Ruang, Masa dan Memori”, di samping mengukuhkan tema pembangunan negara bangsa yang diketengahkan oleh Galeri Seri Negara.
Di tingkat atas, perjalanan diteruskan dengan empat galeri terawal yang dibuka untuk orang ramai yang memberi pengenalan imersif tentang peranan Seri Negara sebagai saksi bisu kepada sejarah negara yang terus berkembang. Pengunjung dipelawa menyaksikan “Dinding yang Bersuara”, sebuah filem pendek sinematik yang menghidupkan naratif tersebut melalui visual mengesankan serta penceritaan yang atmosferik. Pameran mengenai Seri Negara mengetengahkan naratif yang pelbagai dan keterangkuman, meraikan semangat, usaha serta perjuangan rakyat dalam membina negara ini sejak zaman sebelum campur tangan kolonial hinggalah termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan Perjanjian Kemerdekaan. Sebagai penghormatan kepada warisan panjang Carcosa dan Seri Negara, bangunan ini dipilih sebagai tapak pemeliharaan warisan dan ingatan negara, di samping menjadi lambang aspirasi rakyat dalam terus membentuk masa depan bangsa.