Festival Orkestra Kuala Lumpur 2026
Program: Festival Orkestra Kuala Lumpur (FOKL) 2026
Festival Orkestra Kuala Lumpur 2026 merupakan sebuah acara muzik gilang-gemilang yang menghimpunkan pelbagai kumpulan orkestra dan ensembel muzik, baik dari dalam negara mahupun antarabangsa.
Program ini bertujuan untuk meraikan seni muzik simfoni dan kebudayaan di tengah-tengah ibu kota.
Program FOKL merupakan program Tahunan dan satu produk muzik Yang sangat berprestij di bawa oleh Orkestra Kuala Lumpur.
*Maklumat Utama Acara:*
• Tarikh: 28 Mei hingga 28 Jun 2026 (Berlangsung selama sebulan).
• Lokasi Utama: * Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
• Dewan Filharmonik Petronas (DFP).
• Serta beberapa lokasi lain yang akan diumumkan.
Senarai Peserta & Persembahan
Festival ini dibahagikan kepada dua kategori penyertaan utama:
1. Kategori Nasional (Malaysia):
Menampilkan 18 kumpulan tempatan terkemuka, antaranya:
1. Orkestra Kuala Lumpur
2. Kuala Lumpur Youth Orchestra
3. Malaysian Philharmonic Youth Orchestra
4. Orkestra Radio Television Malaysia (RTM)
5. Malaysia Chinese Century Orchestra (MCCO)
6. Frhythms International Drum Festival
7. Clap & Tap Charity Concert
8. Tutan Festival Orchestra
9. Outreach Youth Band
10. SKY Wind Band
11. PJ Philharmonic Orchestra
12. CG Flute Choir
13. Euroasia Association of Performing Arts
14. Deciso String Orchestra
15. Selangor Kuala Lumpur Orchestra and Choir
16. TianXiang Yangqin Ensemble
17. Kenwy Yangqin Ensemble
18. Kinta Valley String Orchestra
19. Orkestra Sekolah
2. Kategori Antarabangsa:
Menampilkan wakil daripada negara-negara jiran dan Asia:
• Thailand: Silpakorn Feroci Philharmonic Orchestra.
• Jepun: Soai Saxophone Ensemble.
• Singapura: Ding Yi Music Company.
• China: Colourful Guizhou Art Troupe.
• Filipina : Philippine High School for the Arts.
• Indonesia : Yogyakarta Royal Orchestra
*Identiti Visual & Tema 2026:*
• Maskot: Dua ekor beruang matahari (Wira dan Manja) yang comel, memakai pakaian tradisional Malaysia (sampin dan selendang), melambangkan identiti nasional.
• Reka Bentuk: Poster menampilkan latar langit (skyline) Kuala Lumpur yang ikonik termasuk Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur dengan gaya percikan warna air (watercolor) yang ceria.
*Rakan Strategik & Penajaan*
Program ini mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak termasuk:
• Rakan Strategik: CIMB, dan KL Society
• Rakan Penginapan: M Palace Hotel.
• Sokongan Lain: Visit KL, Tourism Malaysia, Warisan KL dan Kuala Lumpur Design.