No. 60
Language: English, Thai
Category: Dance, Workshop
Ticketing
Wednesday
27th
May 2026
About
The workshop introduces six core elements from Pichet Klunchun’s No. 60 principle. Through guided practice, participants examine their own traditions while exploring connections with innovation and improvisation. The workshop emphasizes the body as a living archive, encouraging dancers to reinterpret inherited forms in contemporary contexts. By engaging with these elements, participants gain tools to discover and define their own identity in dance, with openness to new creative possibilities.
No. 60 is the culmination of Pichet Klunchun’s two-decades-long research into the language of Thai traditional dance. Stripping the classical form of its sequined costume, Pichet scrutinises the 59 poses and movements in the Theppanom canon, which all Thai classical dancers acquire through rote learning. He then generates six new principles that undergird the 700-year-old system and presents a manual of hand-drawn diagrams and notes that allows the young generation to think and learn rationally, free of mysticism and ideological imposition of history.
As No. 60 unfixes the rigidity of classicism, it also embraces the sense and soul of Thai legacy. It unfolds a complex dialogue between tradition and innovation as they inhabit and circulate within the same continuum.
* * *
Things to Take Note:
- This workshop is suitable for participants with at least a beginner to intermediate level in dance, and basic movement familiarity is required.
- The workshop will be conducted barefoot.
- Attire: Comfortable clothing suitable for movement.
- The session includes one 15-minute break.
- Please bring your own water.
Bengkel ini memperkenalkan enam elemen teras daripada prinsip No. 60 Pichet Klunchun. Melalui latihan berpandu, peserta menilai semula tradisi masing-masing sambil meneroka perhubungan antara inovasi dan improvisasi. Bengkel ini juga menekankan tubuh sebagai arkib hidup, lantas menggalakkan penari untuk menginterpretasikan semula bentuk-bentuk tarian dalam konteks kontemporari. Dengan mendepani elemen-elemen ini, peserta memperoleh kelengkapan untuk menemui dan menentukan identiti tersendiri dalam tarian serta terbuka untuk sebarang kemungkinan kreatif nan baharu.
No. 60 merupakan kemuncak kajian Pichet Klunchun selama dua dasawarsa menyelami bahasa tarian tradisional Thailand. Dengan melucutkan lapisan luar bentuk klasik ini, Pichet meneliti 59 lagak gaya dan pergerakan dalam kanon Theppanom yang mewajibkan setiap penari klasik Thailand menghafalnya. Kemudian, beliau menghasilkan enam prinsip baharu yang menjadi asas kepada sistem berusia 700 tahun itu, serta mempersembahkan sebuah panduan yang mengandungi rajah dan catatan lukisan tangan. Panduan ini membolehkan generasi muda berfikir dan belajar secara rasional, bebas daripada unsur mistik serta pengaruh ideologi sejarah yang bersifat memaksa.
Tatkala No. 60 meleraikan ketaksuban terhadap klasikisme, panduan tersebut turut menerima jiwa dan perasaan warisan seni Thailand. Panduan ini merungkai wacana rumit antara tradisi dan inovasi saat kedua-duanya wujud dan beredar dalam ruang lingkup yang sama.
* * *
Makluman penting:
- Bengkel ini sesuai untuk peserta yang mempunyai asas atau pengalaman dalam seni tarian, serta mempunyai pergerakan asas yang lazim.
- Bengkel ini akan dikendalikan tanpa kasut.
- Sila pakai pakaian yang selesa dan sesuai untuk pergerakan.
- Sesi ini merangkumi satu waktu rehat selama 15 minit.
- Sila bawa botol air anda sendiri.