KL Same Same But Different
Language: English, Mandarin, Bahasa Malaysia
Category: Film
Tags: Screening
Duration: 120 minutes without intermission
Doors Open: 15 minutes before the event
Seating: Free Seating
Price
RM0.00
from
RM0.00
All Fees Included
Duration: 120 minutes without intermission
Doors Open: 15 minutes before the event
Seating: Free Seating
Ticketing
Friday
29th
May 2026
About
“Same city, different world.”
For KL Festival 2026, House Your Film Collective features a curated selection of shorts under the theme: KL Same Same But Different.
Kuala Lumpur usually looks the same in travel ads — tall buildings, bright lights, and busy streets. But once you look closer, every person living here is fighting a different battle or celebrating a different win.
We’re not just here to "watch movies." We’re here to celebrate the diverse faces of KL — spanning different communities — and talk about what it actually means to call this city home.
* * *
“Bandar yang sama, dunia berbeza.”
Sempena KL Festival 2026, Kolektif House Your Film menampilkan filem-filem pendek pilihan yang dikurasi di bawah satu tema: KL Same Same But Different (Sama Tapi Tak Serupa)
Secara lazimnya, apa yang kita nampak dalam iklan, itulah yang kita nampak di Kuala Lumpur—pencakar langit, lampu neon dan hiruk-pikuk jalanan. Walau bagaimanapun, kalau dilihat secara teliti, kita tidak tahu apakah nasib setiap orang yang berada di kota ini. Ada yang bergelut dengan seribu satu masalah. Ada yang meraikan setiap kemenangan kecil.
Tayangan ini bukan sekadar mengajak untuk “menonton filem.” Kami ingin mengangkat setiap sisi kota ini—merentasi pelbagai komuniti—dan bercakap tentang apakah ertinya menjadikan Kuala Lumpur sebagai tempat untuk kita pulang.
The Lineup / Senarai Filem
吉隆坡槟城人kualalumpur-penangite (Orang Kuala Lumpur-Orang Pulau Pinang)

In 2025, World War III quietly begins to unfold. Amidst this backdrop, two filmmakers from Penang cross paths by chance. One appears successful on the surface, yet has slowly buried his dreams deep within. The other has long been estranged from his family, living a disconnected life in Kuala Lumpur.
Brought together by work, they find themselves moving through different corners of the city at the same time. Along this journey, both are forced to confront a version of themselves they have long avoided — their past.
* * *
Pada tahun 2025, Perang Dunia Ketiga perlahan-lahan tercetus. Di sebalik kemelut ini, dua pembikin filem dari Pulau Pinang bertemu secara kebetulan. Seorang pada zahirnya kelihatan berjaya, namun diam-diam sedang melupakan cita-citanya. Seorang lagi telah lama berjauhan daripada keluarga, kini hidup seorang diri di Kuala Lumpur.
Tuntutan kerja menemukan mereka di pelbagai sudut kota yang berbeza pada waktu yang sama. Sepanjang perjalanan itu, kedua-duanya mula berdepan dengan sisi diri yang telah lama mereka cuba tinggalkan iaitu masa silam masing-masing.

A Place of One's Own (Ada Air, Adalah Ikan)
As developers creep into Kuala Lumpur's oldest and most historically significant areas, Sultan and Petaling Streets, this film questions the thirst for commercial "re-development."
* * *
Tatkala pemaju mula “menyelinap” ke kawasan tertua dan paling penting dari segi sejarah—Jalan Sultan dan Jalan Petaling—filem ini mempersoalkan “keghairahan” kerajaan dalam isu pembangunan semula komersial.

KOLA LOOMPOR
Naeem, a Bangladeshi migrant worker working as a street sweeper, keeps his distance from the local community, especially local women, out of fear of being reprimanded by his supervisor, Mat Piye. His routine is quiet and cautious until he encounters Zainab, a 20-year-old local woman living on the streets. Despite his reservations, her presence slowly draws him in, and an unspoken connection begins to form between them. However, what seems like a fragile bond ultimately turns against him when Zainab runs away with his money, leaving Naeem standing in silence, overwhelmed and unable to react.
* * *
Naeem ialah seorang pekerja migran dari Bangladesh yang bekerja sebagai tukang sapu sampah. Dia sering menjauhi masyarakat tempatan, terutama orang perempuan, dek takut dimarahi penyelianya, Mat Piye. Naeem hidup tenang dan berjaga-jaga hinggalah suatu hari dia bertemu dengan Zainab, seorang perempuan tempatan berusia 20 tahun yang tinggal di jalanan. Pada mulanya Naeem khuatir, namun kehadiran Zainab perlahan-lahan menarik minatnya, lalu suatu ikatan mula terjalin di antara mereka. Walau bagaimanapun, ikatan tulus tersebut diuji ketika Zainab melarikan wang Naeem dan meninggalkan pemuda itu terkesima dan kecewa.
What to Expect? / Apa yang menanti anda?
Can I expect to feel super inspired? / Bolehkah saya bersemangat mencari ilham?
100% YES! You’ll be vibing to short films by young Malaysian filmmakers who didn't wait for permission or a big budget. These are the product of pure ingenuity — showing you exactly what can be achieved when you ditch the excuses and embrace the limits. You'll leave feeling like you need to go shoot something right now!
100% BOLEH! Anda akan layan filem-filem pendek hasil pembikin filem muda Malaysia yang tidak perlukan dana besar atau sokongan. Inilah hasil seni sejati yang memaparkan apa yang boleh dicapai apabila alasan bukan lagi menjadi halangan untuk melangkaui batas yang telah ditetapkan. Silap haribulan anda sendiri nak bikin filem selepas tayangan ini!
Can I actually talk to the filmmakers? / Bolehkah saya berbual dengan pembikin filem?
DUH, OF COURSE! After the screenings, you could ask them anything — especially how they pulled it off with zero budget and max creativity. It’s your chance to learn the true Malaysian hustle behind the scenes and vibe with the next big names in our cinema.
HELO, MESTILAH! Selepas tayangan selesai, anda boleh bertanyakan apa-apa sahaja, terutama sekali bagaimana mereka bikin filem tanpa dana dan berbekalkan kreativiti sepenuhnya. Inilah peluang anda untuk mempelajari bagaimana orang Malaysia bertungkus-lumus di belakang tabir dan lepak bersama tokoh-tokoh tersohor dalam bidang sinema tanah air.
Will I meet other film nerds like me? / Adakah saya akan berjumpa dengan kaki filem macam saya?
YASSS, QUEEN/KING! This is THE spot to link up with fellow film enthusiasts, industry OGs, and creators who stan storytelling as much as you do. Who knows? You might just find your next collab partner or ride-or-die creative buddy for your own Jerrr... project.
YE, NYAH! Inilah TEMPAT untuk anda berhubung dengan kaki filem yang lain, otai industri dan pencipta kipas-susah-mati penceritaan macam anda. Siapa tahu? Entah-entah anda akan bertemu rakan kongsi atau orang kuat sahabat kreatif untuk anda punya… projek seterusnya?
Is this event actually making a difference? / Acara ini ada impakkah?
IT'S THE WHOLE POINT! By coming, you’re supporting a grassroots movement to uplift young Malaysian filmmakers and help build a resource hub for the future. We're not just screening films; we're building the infrastructure for the next generation. Let's make Malaysia proud on the global film stage! This isn’t just another screening — it’s a space to connect, get inspired, and celebrate the genius of resourcefulness. So, let’s stop waiting for the perfect moment and start making magic! You in or what?
INILAH YANG KAMI INGINKAN! Kehadiran anda sahaja sudah membantu menyokong gerakan akar umbi untuk memupuk pembikin filem muda Malaysia dan membantu membina hab sumber di masa akan datang. Kami bukan sekadar mengadakan tayangan filem, kami sedang membina infrastruktur untuk generasi akan datang. Jom bawa Malaysia ke persada filem antarabangsa! Ini bukan tayangan filem biasa-biasa. Inilah ruang untuk berhubung, mencari ilham dan meraikan semangat kental. Jangan tunggu lama-lama dan jom kita BUAT sekarang! Nak ke taknak?
About House Your Film Collective / Tentang Kolektif House Your Film
House Your Film Collective is where this whole movement lives. We're a collective run by young filmmakers, for young filmmakers, creating a safe, inclusive space (think of it like your fav mamak hangout spot but for creators). We're doing much more than just screenings — we're building a sustainable, kickass community that offers opportunities, helps filmmakers know their path, learn and collab with different people! Every episode, like this one, is a platform for emerging voices to showcase their work and connect.
Kolektif House Your Film ialah tempat gerakan ini bermula dan berkembang. Kami merupakan sebuah kolektif yang digerakkan oleh pembikin filem muda untuk pembikin filem muda. House Your Film membina ruang yang selamat dan terangkum (bayangkan seperti tempat lepak mamak kegemaran anda, tetapi untuk para pencipta). Kami bukan sekadar menganjurkan tayangan, tetapi juga sedang membina komuniti mampan dan berdaya hidup. Kami membina sebuah komuniti yang membuka peluang, membantu pembikin filem memahami laluan mereka, serta menyediakan ruang untuk belajar dan berkolaborasi dengan pelbagai pihak. Setiap episod, termasuk yang ini, menjadi platform untuk suara-suara baharu menampilkan karya mereka dan berhubung antara satu sama lain.