[Film Screening] SUMUD: Existence Is Resistance
Date: 16/05/2026
Time: 3:00PM, 8:00PM
Language: English, Bahasa Malaysia, Arabic
Subtitle/Surtitle: English
Category: Film, Talks and Panels
Duration: 120 minutes without intermission
Dress Code: Casual
Price
RM15.00, RM20.00, RM45.00
from
RM15.00
Additional Fee Applies
Duration: 120 minutes without intermission
Dress Code: Casual
Ticketing
About
The Flowers are Silently Witnessing
Theo Panagopoulos’s The Flowers Stand Silently, Witnessing (2024) exposes how colonial power relies on pastoral imagery to obscure violence.
Using archival footage of wildflowers in Palestine filmed by Scottish missionaries in the 1930s and 40s, he reveals how beauty was used to mask British occupation.
Through re-editing and layered text, he reclaims these images as testimony and a form of resistance to cultural erasure. His interventions disrupt the settler gaze, transforming the pastoral into a site of critique.
* * *
Arna’s Children
A powerful and deeply moving documentary that follows the lives of children from Jenin Refugee Camp in Palestine. Starting from a theatre project during the First Intifada, the film revisits these children years later, revealing how their lives were shaped by conflict, loss, and growing up under occupation.
Following the screening, there will be a discussion on cultural resistance in the Palestinian context.
Cultural resistance is about using art, storytelling, theatre and creative expression to hold on to identity, share stories and challenge what is often erased or unheard. In Palestine, culture becomes a way to survive, remember and speak.
Through different forms of art, Palestinians continue to share their realities and keep their stories alive.
Speakers:
Ahmed Tobasi (Online) – Theatre director and actor from Jenin Refugee Camp
Puan Sri Normah Hashim – Hashim Sani Centre for Palestine Studies (UM)
* * *
Donation Information
All programmes under this festival carry a minimum donation.
Proceeds will be directed towards the Noor Project (in collaboration with Taawon).
€100 from the Arna’s Children film screening will be contributed to Sharara Theatre in Tulkarem.
The Flowers are Silently Witnessing
The Flowers Stand Silently, Witnessing (2024) oleh Theo Panagopoulos mendedahkan bagaimana kuasa kolonial bergantung pada imejan pastoral untuk menyembunyikan keganasan.
Dengan menggunakan rakaman arkib bunga liar di Palestin yang dirakam oleh mubaligh Scotland pada tahun 1930-an dan 40-an, beliau memperlihatkan bagaimana keindahan digunakan untuk menutup penjajahan British.
Melalui suntingan semula dan lapisan teks, beliau menuntut semula imej-imej ini sebagai kesaksian dan satu bentuk penentangan terhadap penghapusan budaya. Intervensinya mengganggu perspektif penjajah, sekali gus mengubah imejan pastoral menjadi ruang kritikan.
* * *
Arna’s Children
Sebuah dokumentari meruntun jiwa yang mengikuti kehidupan kanak-kanak di Khemah Pelarian Jenin di Palestin. Bermula sebagai sebuah projek teater pada Intifada pertama, filem ini meninjau semula kehidupan mereka selepas beberapa tahun—mengungkapkan bagaimana kehidupan kanak-kanak itu dibentuk oleh konflik, kehilangan dan membesar di bawah penjajahan.
Selepas tayangan filem, terdapat perbincangan tentang penentangan budaya mengikut konteks Palestin.
Penentangan budaya ialah bagaimana kita menggunakan seni, penceritaan, teater dan peluahan kreatif demi mempertahankan identiti, menyampaikan kisah kita dan mencabar perkara yang memadamkan naratif kita atau membungkamkan suara kita. Di Palestin, budaya menjadi cara untuk terus hidup, mengingati dan bersuara.
Melalui pelbagai bentuk seni, rakyat Palestin terus bertahan demi menceritakan nasib dan kisah mereka
Penceramah:
Ahmed Tobasi (dalam talian) – Pengarah teater dan pelakon dari Pusat Pelarian Jenin
Puan Sri Normah Hashim – Pusat Hashim Sani Bagi Pengajian Palestin (HSCPS), Universiti Malaya
* * *
Maklumat Sumbangan
Semua program di bawah festival ini mempunyai sumbangan minimum.
Hasil sumbangan akan disalurkan kepada Noor Project (dengan kerjasama Taawon).
€100 daripada tayangan filem Arna’s Children akan disumbangkan kepada Sharara Theatre di Tulkarem.