Sutra Ginjal: Alur Nadiku (Kidney Sutra)
Date: 04–06/12/2026
Time: 8:30PM, 3:00PM
Language: Mandarin, Bahasa Malaysia, Hokkien
Subtitle/Surtitle: English, Chinese
Category: Theatre
Tags: Monologue
Duration: 60 minutes without intermission
Doors Open: 15 minutes before the event
Seating: Free Seating
Dress Code: Smart Casual
from
RM88.00
Additional Fees Apply
Duration: 60 minutes without intermission
Doors Open: 15 minutes before the event
Seating: Free Seating
Dress Code: Smart Casual
Bagaimana jika kisah kegagalan buah pinggang bukanlah kisah tentang kematian?
Ticketing
About
Namanya Soon, yang bermaksud “lancar” dalam bahasa Cina—suatu doa agar kehidupannya sentiasa dipermudahkan. Namun, hidupnya ternyata tidak semudah namanya.
Sejak kecil, Soon seorang yang penakut. Ketika remaja, dia mendapat tahu bahawa dia mengalami kegagalan buah pinggang. Dunia yang selama ini dikenalinya mula berubah, dibayangi ketakutan terhadap penyakit, rawatan dialisis dan masa depan yang tidak pasti. Baginya, dialisis seolah-olah penghujung segala-galanya—penghujung kebebasan, kerjaya dan kehidupan yang pernah dibayangkannya.
Dipersembahkan sebagai sebuah monodrama yang menggabungkan humor, kenangan zaman kanak-kanak, pengalaman peribadi dan kepelbagaian bahasa serta budaya Malaysia, 《Esok Masih Ada》 membawa penonton menyusuri perjalanan seorang lelaki daripada ketakutan dan penafian kepada penerimaan dan kelahiran semula.
Di sebalik perjuangan menghadapi penyakit kronik, tersingkap kisah tentang keluarga, persahabatan, belas ihsan dan kekuatan yang hadir daripada orang di sekeliling kita. Perlahan-lahan, Soon menyedari bahawa dia tidak perlu menghadapi segala-galanya seorang diri. Dialisis yang disangka akan menamatkan dunianya akhirnya membuka ruang kepada sebuah dunia baru.
《Esok Masih Ada》 bukan sekadar kisah tentang penyakit buah pinggang atau kelangsungan hidup. Ia ialah sebuah renungan tentang keberanian untuk menerima apa yang tidak dapat diubah, belajar mengalir mengikut liku kehidupan dan menemukan makna dalam setiap hari yang masih dikurniakan kepada kita.
Kerana hidup tidak semestinya berjalan lancar, namun kita tetap perlu menemukan keberanian untuk terus hidup.
Nama aku Soon… Esok Masih Ada!
The Kidney Sutra
His name is Soon, meaning “smooth” in Chinese—a wish that life would always go smoothly for him. But life, as he discovers, has other plans.
A timid child growing into an uncertain young man, Soon learns that he is living with kidney failure. Suddenly, the future he once imagined is overshadowed by fear: fear of illness, fear of dialysis, and fear of a life that may never be the same again. To him, dialysis feels like the end of everything he has hoped to become.
Through humour, childhood memories, personal revelations and Malaysia’s rich tapestry of languages and cultures, 《The Kidney Sutra》 unfolds as an intimate solo performance tracing one man’s journey from fear and denial towards acceptance and rebirth.
Beyond the challenges of chronic illness lies a story of family, friendship, compassion and the quiet strength of human connection. As Soon confronts the life he once dreaded, he begins to discover that he does not have to face it alone. What he had imagined to be the end of his world becomes the beginning of a brand new world.
《The Kidney Sutra》 is more than a story about kidney disease or survival. It is a deeply human reflection on learning to accept what cannot be changed, finding the courage to move forward, and discovering that life can still hold meaning, possibility and joy—even when its course takes an unexpected turn.
Because life does not always go smoothly, yet we must find the courage to keep living.
My name is Soon… Esok Masih Ada. Tomorrow still awaits.
Nota Penulis Skrip & Pelakon / Refleksi Peribadi
Adakah ini sekadar ilusi saya, atau sememangnya keluarga Cina sering menganggap penyakit—terutamanya penyakit kronik seperti kanser dan kegagalan buah pinggang—sebagai satutopik yang tabu? Apabila ada ahli keluarga yang jatuh sakit, ia seolah-olah menjadi rahsiabesar yang perlu disembunyikan, bimbang ia akan menjadi buah mulut dan bahan sembangorang luar.
Sejak disahkan menghidap kegagalan buah pinggang pada usia 16 tahun, keluarga sayaberulang kali berpesan supaya saya tidak memberitahu sesiapa tentang perkara ini. Maka, saya memikul rahsia tersebut selama bertahun-tahun. Hidup dengan rahsia yang terpaksadisimpan membuatkan hati saya sentiasa tertekan. Tambahan pula dengan ketakutan terhadappenyakit buah pinggang dan dialisis, menjadikan zaman remaja hingga awal dewasa sayaseolah-olah seperti merangkak dalam kegelapan.
Namun, semua itu kini telah menjadi sebahagian daripada masa lalu.
Sejak memulakan dialisis pada tahun 2009, saya tetap meneruskan pekerjaan, bergiat dalampementasan teater dan melancong, sambil berusaha untuk hidup seperti biasa. Pada waktu itu, doktor dari Klinik Nephro menggalakkan saya menulis tentang perasaan dan pengalamanyang saya lalui, lalu menampal tulisan tersebut pada papan kenyataan di klinik CAPD. Saya tidak pernah terfikir berapa ramai yang akan membacanya, apatah lagi membayangkanbahawa tulisan ringkas itu mampu memberi kesan kepada orang lain.
Kemudian, beberapa orang doktor dan jururawat memberitahu saya bahawa ada pesakit dan penjaga yang mendapat semangat daripada tulisan saya. Namun, saya menganggap kata-kata mereka sekadar basa-basi dan tidak begitu mengambilnya ke hati.
Sehinggalah pada tahun 2025, apabila saya dijemput untuk menjadi salah seorang daripadatiga ahli panel perkongsian di Persidangan Dialisis Tahunan NKF, barulah saya benar-benarmenyedari betapa mendalamnya impak sebuah penulisan.
Ketika itu, seorang lagi ahli panel memberitahu saya bahawa beliau pernah membaca artikelsaya. Ketika itu, beliau masih mempertimbangkan sama ada mahu menjalani dialisis dan kaedah dialisis yang paling sesuai untuknya. Tulisan saya telah membantunya memahamibahawa dialisis bukanlah titik noktah kehidupan. Walaupun memerlukan rawatan jangkapanjang, seseorang masih mampu menjalani kehidupan yang bermakna dan penuh warna. Akhirnya, beliau memilih CAPD.
Mendengar kisahnya benar-benar menyentuh hati saya dan mengukuhkan lagi tekad sayauntuk berkongsi kisah hidup sendiri dengan orang lain.
Saya sentiasa percaya bahawa kehidupan mampu menyentuh dan memberi kesan kepadakehidupan yang lain.
Jika sebuah artikel ringkas mampu membawa impak sedemikian, saya percaya bahawamenerusi kekuatan seni teater, kisah ini dapat menyentuh lebih ramai jiwa dan membantumereka mencari kekuatan untuk terus melangkah.
Ini kerana 《Esok Masih Ada》 bukan sekadar sebuah kisah tentang penyakit buah pinggang dan dialisis. Karya ini juga ingin menyampaikan bahawa rasa takut itu boleh wujud, dan kelemahan juga boleh diterima. Namun, apabila kita belajar mengubah perspektif, kita tetapmampu mencari cara untuk menjalani kehidupan mengikut kemampuan dan jalan kita sendiri, walaupun kehidupan tidak lagi berjalan seperti yang diharapkan.
Di sini, saya ingin merakamkan penghargaan khusus kepada penerbit merangkap pengarah, William Yap. Beliaulah yang menggalakkan saya mengolah pengalaman peribadi menjadisebuah skrip, serta membantu saya merealisasikan karya ini dari segi penerbitan dan pengarahan sebagai sebuah pementasan solo.
Terima kasih kepada setiap insan yang telah menemani, menyokong dan mencurahkan kasihsayang kepada saya sepanjang perjalanan ini. Terima kasih juga kepada alam semesta atas'tugasan' hidup ini, yang memberi saya peluang untuk belajar daripada pengalaman sendiridan berkongsi hikmah yang diperoleh.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang melangkah masuk ke panggung untukmenyaksikan 《Esok Masih Ada》. Saya berharap karya ini dapat menghiburkan, membawatawa dan air mata, mahupun cebisan inspirasi yang bermakna untuk dibawa pulang.
Terima kasih.
Playwright & Actor's Note / A Personal Reflection
Is it just my illusion, or have Chinese families always treated illness—especially chronic conditions like cancer or kidney disease—as a taboo topic? Having a sick family member often feels like an unspoken secret, hidden away out of fear that it might become the subject of casual gossip and tea-time chatter.
When I was diagnosed with kidney failure at the age of 16, my family repeatedly reminded me never to tell anyone. For many years, I carried this heavy secret alone. Living a life bound by secrecy was incredibly suffocating. That inability to openly face my own condition, coupled with the profound fear of kidney disease and dialysis, made my youth feel like a slow, hesitant crawl through a long, dark tunnel.
Of course, all that is now in the past.
Since starting dialysis in 2009, I have continued to work, perform in theatre productions and travel, doing my best to live my life to the fullest. Back then, my attending physician encouraged me to put my experience into words and have the article displayed on the noticeboard at the CAPD clinic. I never thought about how many people might read it, let alone imagined that such a short piece of writing could make a difference in someone else's life.
Over time, several doctors and nurses told me that some patients and caregivers had found encouragement in my article. I assumed they were merely being polite and did not give their comments much thought.
It was not until 2025, when I was invited to speak at NKF's annual dialysis conference as one of three speakers sharing our personal experiences, that I truly realised how far-reaching the impact of a single piece of writing could be.
At the seminar, another speaker told me that he had read my article. At the time, he was still considering whether to undergo dialysis and which form of dialysis to choose. My article helped him realise that dialysis did not mean the end of life. Even with the need for long-term treatment, it was still possible to live a full and fulfilling life. In the end, he chose CAPD.
Hearing his story deeply moved me and strengthened my resolve to share my own story with others.
I have always believed that one life can make a difference in another.
If a short article could have such an impact, I believe the power of theatre can take this story even further, touching more lives and helping more people find the strength to keep moving forward.
Because 《The Kidney Sutra》 is not just a story about kidney disease and dialysis. It also seeks to convey that fear is allowed to exist, and so is vulnerability. Yet, by learning to shift our perspective, we can still find our own way of living, even when life no longer goes as planned.
I would like to express my special gratitude to the producer and director, William Yap. It was he who encouraged me to pen down my personal journey into a script and guided me through the production and directing of this solo play.
My heartfelt thanks go to everyone who has accompanied me, supported me and offered me warmth along this journey. I am also grateful to the universe for giving me this life lesson, allowing me to learn from my own experiences and share what I have come to understand with others.
Finally, thank you to everyone who has walked into the theatre to watch 《The Kidney Sutra》. I hope this production has brought you entertainment, laughter, tears, and perhaps a piece of meaningful inspiration to take away with you.
Thank you.
Penerbit: William Yap
Pengarah: William Yap
Penulis Skrip: Season Chee
Pelakon: Season Chee
Dramaturg: Ausha
Pengurus Pemasaran: Anusha
Pengurus Projek / Pengurus Pentas: Veeky Tan
Pereka Poster / Pereka Set: Loh Zi Yu
Pereka Pencahayaan: Lim Wei Sing
Publisiti: William Yap
Price details
General Admission
RM88.00