JEJAK
Language: Bahasa Malaysia
Subtitle/Surtitle: Bahasa Melayu
Category: Dance
Tags: Traditional, Contemporary
Duration: 60 minutes without intermission
Doors Open: 30 minutes before the event
Seating: Free Seating
Dress Code: Casual
Recommended for: 7 years old and above
Price
RM10.00
from
RM10.00
Additional Fee Applies
Duration: 60 minutes without intermission
Doors Open: 30 minutes before the event
Seating: Free Seating
Dress Code: Casual
Recommended for: 7 years old and above
Ticketing
Saturday
15th
Aug 2026
About
Fakulti Tari ASWARA mempersembahkan JEJAK, sebuah produksi tari yang meraikan pertemuan antara warisan dan pembaharuan dalam seni tari Melayu. Unsur gerak, muzik, estetika serta falsafah tradisi diterjemahkan melalui pendekatan koreografi semasa, sekali gus memperlihatkan perkembangan seni tari Melayu yang terus relevan, dinamik dan dekat dengan generasi masa kini.
Produksi ini sepenuhnya diuruskan oleh pelajar Fakulti Tari ASWARA di bawah seliaan para pensyarah Fakulti Tari ASWARA. Produksi ini menjadi ruang untuk menghargai warisan, meneroka kreativiti dan menelusuri kesinambungan seni tari Melayu daripada akar tradisi kepada interpretasi kontemporari. Setiap persembahan mengangkat identiti, nilai dan keindahan tradisi melalui olahan gerak yang segar tanpa menghilangkan identiti seni tari warisan Melayu.
Penonton akan disajikan dengan pelbagai bentuk persembahan, termasuk tarian Zapin, tarian Rampaian (Asli, Inang dan Joget) dan seni mempertahankan diri, iaitu Silat. Produksi ini turut menampilkan tiga karya kontemporari baharu yang diinspirasikan daripada elemen tradisi, sekali gus menggambarkan bagaimana warisan dapat diterjemahkan dan dihidupkan semula melalui perspektif koreografi masa kini.
Butiran Persembahan:
Tarikh : 15 Ogos 2026
Masa : 8.30 malam
Tempat : Black Box, ASWARA
Harga Tiket. : RM10 (Standard)
*Tiket boleh didapati melalui kod QR yang tertera pada poster.
Koreografer :
Alexter Tingang Anickson, Nurfaraesha Anum, Mohammad Thaqif Aiman bin Riduan, Muhammad Nur Danish bin Mohd Ariff, Mohammad Danial bin Azmi, Nur Insyirah Dalilah binti Saiful Azra, Nur Fariza Ilyana Binti Mohd Daud, Waiz bin Mufahir dan Lim Yee Qian.
Penari:
Pelajar Fakulti Tari ASWARA dan Alumni ASWARA
Pertanyaan : 03-2778 6015 (Puan Erna)
Finding gems you'll love…