past

MUZIKAL GERINCING SARI EMBUN

Yayasan Warisan Johor

Date1617/08/2025

Time8:30PM


LanguageBahasa Malaysia

Subtitle/SurtitleBahasa Malaysia

CategoryMusical

TagsTheatre

Duration: 120 minutes without intermission

Doors Open: 45 minutes before the event

Seating: Numbered Seating

Dress Code: Casual

This event has ended.

from

RM25.00

Additional Fee Applies

Gerincing Sari Embun ialah sebuah teater muzikal tradisional yang diinspirasikan daripada kisah rakyat Kampung Sri Bunian. Berlatarkan mitos misteri Sungai Bunyi, pementasan ini menghimpunkan bersama artis budaya serta pemuzik Yayasan Warisan Johor dalam satu persembahan penuh magis dan budaya.

Ticketing

Saturday

16th

Aug 2025

8:30PM (GMT+8)

Early Bird: 25 July - 31 July 2025

Sunday

17th

Aug 2025

8:30PM (GMT+8)

Early Bird: 25 July - 31 July 2025

About

Muzikal Gerincing Sari Embun merupakan sebuah pementasan teater muzikal bertemakan tradisional yang diinspirasikan daripada mitos rakyat Kampung Sri Bunian, Pontian, Johor. Diangkat dari kisah tempatan yang diwarisi turun-temurun, muzikal ini mengungkap misteri Sungai Bunyi, sebuah lokasi yang dipercayai menyimpan pelbagai kisah alam ghaib, terutama yang berkait dengan dunia bunian.

Sungai ini dinamakan demikian kerana sering kedengaran bunyi-bunyi gemerincing halus pada waktu-waktu tertentu, seolah-olah menjadi isyarat kepada kehadiran sesuatu yang tidak dapat dilihat mata kasar. Di sebalik nama kampung itu sendiri, “Sri Bunian”, dipercayai wujud perkaitan antara penduduk asal dan dunia mistik yang mengelilingi mereka.

Pementasan muzikal ini akan berlangsung selama 2 jam, dan menyatukan para penggiat seni, artis budaya, dan pemuzik negeri Johor di bawah satu produksi gah. Ia akan menampilkan gabungan persembahan teater, tarian tradisional, vokal secara langsung, serta muzik latar orkestra tradisional yang disusun khas oleh pemuzik-pemuzik profesional daripada Yayasan Warisan Johor.

Dengan unsur naratif yang kaya dengan warisan tempatan serta gaya persembahan yang dramatik dan penuh emosi, Gerincing Sari Embun bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga mendidik dan mengangkat nilai budaya Johor yang jarang diketengahkan di pentas arus perdana.

More from Yayasan Warisan Johor

Show All
Past

8 KISAH 1 MALAM

08/08/2025·Theatre

Past

KONSERT RINDU BAYANGAN: Penghormatan Istimewa Buat Allahyarham Omar Taib

28/09/2024·Music

More from Musical

Show All

Musical Theater | Repertory Theater Club

12/07/2025–15/05/2026·Musical

夠力好戲 GLHX The Musical

2628/09/2025·Musical

PERANAKAN: A MUSICAL LEGACY

0405/10/2025·Musical

Mawar Putih, Mawar Merah, The Musical (MELAKA)

1112/10/2025·Musical

Short + Sweet Malaysia Festival 2025: Musical

2426/10/2025·Musical

Broadway, Sing & Dance

31/10/2025·Musical