TEATER 8 KISAH 1 MALAM 2026
Duration: 120 minutes without intermission
Doors Open: 45 minutes before the event
Seating: Numbered Seating
Dress Code: Casual
Price
RM15.00, RM25.00, RM35.00
from
RM15.00
Additional Fee Applies
Duration: 120 minutes without intermission
Doors Open: 45 minutes before the event
Seating: Numbered Seating
Dress Code: Casual
Ticketing
Saturday
8th
Aug 2026
About
8 Kisah 1 Malam merupakan pementasan teater antologi pertama seumpamanya di Johor yang menghimpunkan lapan karya pendek dalam satu malam persembahan. Ia mempersembahkan pelbagai bentuk penceritaan dan gaya pengarahan daripada generasi pengkarya yang tampil berani mengangkat tema-tema besar seperti takdir, resah, dan bayang.
Konsep pementasan ini mengangkat format teater pelbagai disiplin — menggabungkan pelbagai genre seperti Realisme, Absurd, Eksperimental, Muzikal, dan Monolog / Monodrama yang dipersembahkan secara bergilir dalam satu malam. Inilah kali pertama format ini diketengahkan di negeri Johor, sekaligus membuka ruang kepada khalayak tempatan untuk menyaksikan dimensi baharu dalam persembahan teater kontemporari.
Setiap karya berdurasi 10 minit dan membawa naratif tersendiri yang mengangkat pengalaman dan keresahan masyarakat hari ini. Karya-karya yang dipentaskan termasuk : Inkues, Postmorterm Kes Macbeth, Di Dalam Kepala Sebuah Patung, Death Is Satu Permulaan, Sulong, Di Cari Senja, Luka yang Tidak Nampak dan Sebelum Subuh. Kesemua karya ini lahir daripada pelbagai latar budaya dan pengalaman pengkarya, lalu digarap menjadi persembahan yang mencabar bentuk konvensional pentas.