Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-38

Sistem Television Malaysia Berhad

Date: 12/12/2026

Time: 7:00PM


Language: Bahasa Malaysia

Subtitle/Surtitle: Bahasa Malaysia

Category: Event

Duration: 180 minutes without intermission

Doors Open: 30 minutes before the event

Seating: Numbered Seating

Dress Code: Black Tie

Recommended for: 18 years old and above

From

RM79.00

Additional Fees Apply

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan anugerah hiburan berprestij yang mengiktiraf populariti, bakat dan sumbangan penggiat seni tanah air melalui undian peminat. Acara ini turut meraikan hubungan erat antara anak seni dengan peminat serta perkembangan industri hiburan Malaysia.

Ticketing

Saturday

12th

Dec 2026

7:00PM (GMT+8)

About

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 38 kembali dengan tema “Kitalah Bintang”, yang membawa semangat bahawa setiap generasi mempunyai bintang tersendiri dan setiap bintang mempunyai cerita yang wajar diraikan. Berteraskan slogan “Setiap Generasi Ada Bintangnya, Setiap Bintang Ada Ceritanya”, edisi kali ini meraikan kepelbagaian bakat, pencapaian dan kisah kejayaan individu daripada pelbagai latar belakang yang mencipta pengaruh dalam bidang masing-masing.

Sebagai acara anugerah pilihan peminat yang dianjurkan oleh Berita Harian sejak 1987, ABPBH terus berkembang seiring dengan perubahan landskap hiburan dan budaya popular tanah air. Penganjuran ini bukan sahaja memberikan pengiktirafan kepada individu yang mendapat sokongan peminat, malah membuka ruang kepada lebih ramai figura berbakat untuk diraikan atas sumbangan, pengaruh dan pencapaian mereka.

ABPBH 38 mempertandingkan 21 kategori yang merangkumi pelbagai bidang dan latar belakang. Antara kategori baharu yang diperkenalkan ialah Pempengaruh Popular, Atlet Popular dan Anugerah DAIA Evolusi Gaya Bintang, yang mengiktiraf pengaruh pempengaruh dalam dunia digital, pencapaian atlet dalam bidang sukan serta keunikan gaya dan fesyen figura pilihan peminat.

Menerusi tema “Kitalah Bintang”, ABPBH 38 memperluas makna seorang bintang agar tidak terhad kepada penggiat seni dan hiburan semata-mata. Sebaliknya, pengiktirafan turut diberikan kepada pempengaruh, atlet, figura fesyen dan individu lain yang mencipta impak tersendiri dalam bidang masing-masing. Pendekatan ini mencerminkan bahawa setiap individu mempunyai keistimewaan, bakat dan kisah kejayaan yang layak diraikan, sekali gus menjadikan ABPBH lebih inklusif dan relevan kepada pelbagai generasi.

Acara kemuncak ABPBH 38 akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 sebagai penyiar televisyen rasmi, manakala Tonton merupakan platform penstriman rasmi. Kool FM dan Hot FM bertindak sebagai stesen radio rasmi, sementara Apa Kes!, #BHNakTanya, OHBULAN dan Xtra merupakan platform digital rasmi bagi ABPBH 38

Price details

GLAM ZONE

Front-row experience | Red Carpet Experience

RM179.00

FANS ZONE

RM99.00

FANS ARENA

RM79.00

Finding gems you'll love…

More from Sistem Television Malaysia Berhad

Show All

Ejen Ali in Concert

28–29/11/2026·Music

Past

Anugerah Melodi Terhangat 2026

18/10/2026·Event

Past

八度空间《最好的我们2026》最终站:唱响新章 | 音乐见面会 - The Greatest of Us 2026 Music Showcase | Karisma Arena, Seremban

11/10/2026·Concert

More from Event

Show All

Kayuh Terus Tour with Velo Express KL

13/11–05/12/2026·Event

Mini Paint Jam

08/05–13/11/2026·Event

Online Art Class - Acrylic painting

07/08–20/11/2026·Event

Silva Life System Peak Mental Performance for Professionals

14–15/11/2026·Event

Hari Jejak Warisan Teromba

14/11/2026·Event

Alam dan Manusia with Syuhada Sapno

14–15/11/2026·Event