Mek Mulung Putera Cahaya Bulan

Dewan Filharmonik PETRONAS

Venue:

CloudTheatre On-Demand

Date01/12/2025–01/12/2029

Time12:00AM


LanguageBahasa Malaysia

CategoryTheatre

TagsTraditional

Duration: 105 minutes without intermission

from

RM25.00

All Fees Included

Doors open

Monday, December 1, 2025 12:00AM (GMT+8)

Key in your passcode to watch now.

Mek Mulung adalah teater warisan tradisional dari Kedah dengan sejarah lebih 500 tahun yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Intangible Cultural Heritage. Pengiktirafan adalah untuk memelihara & memupuk interaksi sosial, dialog dan seni negara yang menampilkan budaya dan ekspresi artistik.

Ticketing

Mek Mulung Putera Cahaya Bulan

Watch Online Anytime

About

Mek Mulung Putera Cahaya Bulan mengisahkan Putera Cahaya Bulan, pemerintah Selindungan Bulan, dan permaisurinya yang berkuasa sakti, Puteri Nang Mara (Mek Senik). Selepas Mek Senik mengalami mimpi buruk, seorang dukun menasihati bahawa negeri mereka bakal diserang Raja Gergasi dari Benua Pakkian, yang ingin membunuh putera serta menculik sang puteri. Ramalan itu menjadi nyata apabila Putera Cahaya Bulan terbunuh dan Puteri Nang Mara dilarikan.

Jasad Putera Cahaya Bulan kemudian ditemui dua panglima, Epong dan Edeng, yang menghidupkannya semula dengan ilmu sakti. Mereka berikrar membantu beliau, dan akhirnya Puteri Nang Mara berjaya diselamatkan.

Mek Mulung merupakan seni cerita rakyat bersifat magis dan pengembaraan yang menggabungkan elemen lakonan, nyanyian, tarian dan muzik dalam satu persembahan. Mek Mulung berasal dari negeri Kedah di mana ‘Mek’ bermaksud ‘wanita’ dan ‘Mulung’ mewakili suatu tempat. 

Mek Mulung terbahagi kepada dua aspek iaitu seni persembahan bagi tujuan hiburan dan ‘ritual’ bagi tujuan perubatan tradisional. Dalam seni persembahan, segmen pembukaan dimulakan dengan lagu bertabik diikuti lagulagu seperti Gerak Timpuh, Berjalan Ke Bilik Ayaq, Kecik Milik dan Bayan Guru. Lagu ini diiringi dengan tarian seperti tarian Puteri Mabuk, Anak Menora, Gambang dan Sedayung.

Dari segi lakonan, watak utamanya terdiri daripada watak putera/raja (pemerintah), puteri/ permaisuri dan peran (pengasuh/penasihat raja). Ahli kumpulan untuk persembahan ini biasanya antara 15 hingga ke 20 orang di mana sebahagian daripadanya juga merupakan sekumpulan pemuzik yang mengiringi persembahan. Muzik yang digunakan berkonsepkan pergendangan Melayu merangkumi penggunaan beberapa unit ‘gendang satu muka’ yang dinamakan Gendang Ibu, Gendang Bana, Gendang Anak, Gendang Semborong dan Serunai, Gong, Canang dan Kecerek.

Persembahan teater yang berusia 500 tahun ini adalah kolaborasi Dewan Filharmonik PETRONAS dengan Kumpulan Mek Mulung Seri Mahawangsa (gabungan Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah atau ‘AKRAB’, dan Kumpulan Mek Mulung Wang Tepus).

More from Dewan Filharmonik PETRONAS

Show All

Junjung Tradisi – A Night with UTP Stars LIVE from Dewan Filharmonik PETRONAS

28/03/2025–28/03/2026·Dance

Parade Hujan: Diujung Malam LIVE from Dewan Filharmonik PETRONAS

01/12/2025–01/12/2029·Concert

Past

Parade Hujan: Di Ujung Malam LIVE from Dewan Filharmonik PETRONAS

21/06/2025·Concert

More from Theatre

Show All

Nenek Kebayan & Putera Raja

1214/12/2025·Theatre

Pementasan Purbawara “Matinya Seorang Pahlawan”

1214/12/2025·Theatre

OEDIPUS

1214/12/2025·Theatre

Premium Noah's Ark: A Christmas Drama

1921/12/2025·Theatre

Teater Muzikal Masmoona

1921/12/2025·Theatre

《一坪瓣》

2021/12/2025·Theatre