past

Date09/06/2023

Time3:30PM


LanguageBahasa Melayu

CategoryTheatre

This show has ended.

from

RM40.00

Purchase Ticket

Friday

9th

Jun 2023

3:30PM (GMT+8)

About the Show

HUJAN PAGI telah dicalonkan dalam kategori “Pelakon Utama Terbaik” di Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18. Ia telah dipersembahkan buat julung kalinya pada Mei 2022 di IGNITE Solo Performance Festival 2022 dan juga telah dipersembahkan di Pulau Pinang.

Persembahan yang sepenuhnya menggunakan teks novel dalam Bahasa Melayu, dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris ini adalah sebuah adaptasi daripada novel Sasterawan Negara, A. Samad Said bertajuk Hujan Pagi. Ia adalah sebuah persembahan solo menampilkan Zul Zamir, yang akan memainkan watak dua beradik iaitu Lokman dan Lajis.

Lokman merupakan seorang wartawan zaman pra-merdeka yang seterusnya menduduki kerusi editor di sebuah akhbar berbahasa Melayu. Kecewa dengan perubahan dan kemelesetan industri surat khabar, dia tergelinicir ke dalam dunia halusinasi di mana dia mengetuai Hujan Pagi, sebuah surat khabar yang menentang dan melawan penjajah British dan memelihara maruah bangsa Melayu, dalam dunia lainnya. Dia sendiri akhirnya menemukan pewaris untuk meneruskan legasinya.

`Dalam dunia sebenar, adiknya iaitu Lajis cuba menyiasat punca keadaan Lokman itu, dan seterusnya menyingkap beberapa misteri yang membuatkannya mempersoalkan identiti dirinya sendiri.

Novel setebal hampir 400 muka surat ini telah diadaptasi ke sebuah persembahan sepanjang 60 minit dengan pelbagai karakter dan subplot yang akan memfokuskan kepada kecelaruan mental Lokman dan percubaan Lajis untuk merungkai misteri-misteri itu. 

Pengarah
LIM KIEN LEE

Penilis Skrip
LIM KIEN LEE & ZUL ZAMIR

Pelakon
ZUL ZAMIR

Latarbelakang

Tentang KL Shakespeare Players (KLSP)
Diasaskan pada tahun 2011, KL Shakespeare Players merupakan satu-satunya syarikat produksi teater di Malaysia yang mengadakan pementasan karya Shakespeare dalam bahasa klasik di seluruh negara, termasuk kampus dan sekolah-sekolah di Langkawi, Ipoh, Kuala Kangsar, Kuching, Kota Kinabalu dan banyak lagi. Kumpulan ini turut menjelajah membuat persembahan antarabangsa di Manila, Seoul dan Milan. Antara siri persembahan yang digemari ramai dan mendapat pementasan semula adalah Shakespeare Demystified, Storytelling Shakespeare, Exchange Theatre dan yang terbaru, Hujan Pagi. Maklumat lanjut boleh dilayari di klshakespeare.com.my.

Tentang Zul Zamir, Pelakon Hujan Pagi
Berasal dari Ipoh, Perak, Zul Zamir sudah bersama KLSP sejak tahun 2016 sebagai pengurus pentas dan pelakon. Antara teater lakonannya adalah Macbeth, Old Lear, Kandang, Tanah Airku dan Pasang, Polos dan Skrip Untuk Ali. Selain teater, Zul Zamir juga berlakon dalam filem Daulat, siri Kudeta, telemovie 3 Dukun Santet dan beberapa iklan komersil. Zul Zamir turut bertindak sebagai pelakon suara dan jurulatih lakon kepada pelakon-pelakon televisyen dan filem. 
 

More from STAGECRAFT THEATRE PRODUCTIONS

Show All
Past

SHAKESPEARE DEMYSTIFIED : A MIDSUMMER NIGHT'S DREAM

10/06/2023·Theatre

Past

Storytelling Shakespeare - A Tale that Must be Told : Macbeth

10/06/2023·Theatre

More from Theatre

Show All

意象劇場「B-328」

1021/04/2024·Theatre

天鹅之歌 The Swan Song

26/04–05/05/2024·Theatre

《当披着羊皮的狼遇见披着狼皮的羊》When Wolf In Sheep Skin Meet Sheep In Wolf Skin

27/04/2024·Theatre

三姊妹 Three Sisters

30/04–02/05/2024·Theatre

Leela Jhansi

0305/05/2024·Theatre

海鸥 The Seagull

0305/05/2024·Theatre