Pertandingan Gamelan Melayu Piala Beringin ASWARA
Duration: 180 minutes without intermission
Ticketing
Saturday
24th
Oct 2026
2:00PM (GMT+8)
Watch at Venue
About
Syarat-Syarat Pertandingan
Gamelan Melayu Piala Beringin ASWARA 2026
Peringkat Sekolah Menengah
| Tempat | Panggung Eksperimen, ASWARA |
| Tarikh Pertandingan | 24 Oktober 2026 |
| Masa | 2.00 petang hingga 5.00 petang |
| Showcase Pemenang | 25 Oktober 2026, 11.00 pagi |
TEMA PERTANDINGAN: TRADISI RAKYAT DAN ETNIK KREATIF
Tujuan dan Pemakaian Syarat
Dokumen ini menetapkan syarat penyertaan dan pelaksanaan bagi Pertandingan Gamelan Melayu Piala Beringin ASWARA 2026. Pertandingan ini terbuka kepada kumpulan dari sekolah menengah. Setiap kumpulan yang menyertai hendaklah mematuhi semua syarat yang dinyatakan oleh penganjur.
- Penyertaan, Yuran dan Hadiah
- Penyertaan adalah secara berkumpulan dan terbuka kepada pelajar sekolah menengah.
- Bilangan maksimum peserta bagi setiap kumpulan ialah 15 orang.
- Yuran penyertaan ialah RM15 bagi setiap peserta. Yuran ini dikenakan sekiranya kumpulan terpilih ke peringkat akhir.
- Peserta hendaklah hadir dan bersedia mengikut masa serta giliran persembahan yang ditetapkan oleh penganjur.
- Saringan dan Pengumuman Peringkat Akhir
- Setiap kumpulan hendaklah menghantar video saringan yang mengandungi 1 (satu) persembahan lagu tradisional dan 1 (satu) lagu kontemporari.
- Video saringan hendaklah dihantar dalam bentuk pautan YouTube.
- Tarikh tutup penghantaran video atau pautan saringan ialah pada 30 September 2026 (dikemaskini).
- Keputusan saringan dan kelayakan ke peringkat akhir akan diumumkan pada 1 Oktober 2026.
BERIKUT DILAMPIRKAN LINK KE BORANG PENYERTAAN: https://forms.gle/ZQnvvGpkjzgvYUXo8
- Repertoir dan Tema
- Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan 2 (dua) buah lagu dalam keseluruhan persembahan:
- Satu lagu tradisional pilihan, tertakluk kepada kelulusan penganjur (penggiliran permohonan).
- Satu lagu kontemporari berbentuk gubahan atau komposisi.
- Kedua-dua karya hendaklah menyokong tema pertandingan, iaitu Tradisi Rakyat & Etnik Kreatif.
- Masa dan Perjalanan Persembahan
- Masa keseluruhan yang diperuntukkan ialah maksimum 10 minit bagi setiap kumpulan, termasuk keluar dan masuk pentas.
- Tiada sesi soundcheck akan diadakan. Persembahan akan berjalan terus mengikut giliran yang ditetapkan.
- Permarkahan bermula pada bunyi pertama yang kedengaran daripada persembahan kumpulan.
- Setiap kumpulan hendaklah memastikan persediaan pentas, susun atur pemain dan pengendalian alat dibuat dengan teratur dalam tempoh yang diperuntukkan.
- Alat Muzik dan Vokal
Penganjur menyediakan satu set Gamelan Melayu seperti berikut:
| Alat muzik disediakan | Kuantiti atau perincian |
| Keromong | 1 set |
| Keromong Penerus | 1 set |
| Gambang | 1 unit |
| Saron peking | 2 unit |
| Saron kecil (baron) | 2 unit |
| Saron besar (demung) | 1 unit |
| Slenthem | 1 unit |
| Kenong | 1 set, 5 nada |
| Gong | 1 set, besar (nada 1) dan kecil (nada 2) |
| Kempul | 1 set, 5 nada |
| Gendang | 1 unit |
| Jidur | 1 unit |
Alat tambahan dan nyanyian
- Maksimum dua alat tambahan yang bersifat akustik dibenarkan sekiranya diperlukan. Penggunaan alat tambahan hendaklah dibincangkan dan diperakukan bersama penyelaras/penganjur.
- Nyanyian boleh disertakan dengan maksimum dua orang penyanyi.
- Tatatertib dan Keputusan
- Peserta hendaklah menjaga disiplin, keselamatan, kesopanan dan kelancaran sepanjang berada di lokasi pertandingan.
- Penganjur berhak menetapkan giliran persembahan serta membuat pelarasan operasi yang perlu demi kelancaran pertandingan.
- Sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam dokumen ini adalah tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan penganjur.
- Keputusan juri dan penganjur adalah muktamad.
Price details
Yuran/Normal
Yuran Penyertaan (RM15 setiap peserta)
RM15.00