past

Pelancaran Buku Al-Farabi: Pemikir Sanjungan Timur & Barat

Buku IBDE

Date: 06/06/2026

Time: 2:00PM

Language: Bahasa Malaysia

Category: Event

Tags: Forum, Festivals, Site-specific

Duration: 120 minutes without intermission

Seating: Free Seating

This event has ended.

Price

RM0.00

All Fees Included

Majlis Pelancaran Buku Al-Farabi: Pemikir Sanjungan Timur & Barat terbitan IBDE sempena PBAKL 2026. Majlis turut diserikan dengan Syarahan Khas serta Sesi Tanda Tangan Eksklusif bersama pengarang, Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar.

Ticketing

Saturday

6th

Jun 2026

2:00PM (GMT+8)

About

Masa yang dinantikan telah tiba!

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026, IBDE dengan penuh takzim membawakan Majlis Pelancaran Rasmi buku terbaru, Al-Farabi: Pemikir Sanjungan Timur & Barat.

🗓️ 6 Jun 2026 (Sabtu)

🕑 2:00 Petang – 4:00 Petang

📍 Pavilion MAPIM, Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, WTCKL

Buku ini merupakan sebuah biografi kritis dan komprehensif yang mengupas keteguhan prinsip serta sumbangan intelek "Guru Kedua" (al-Mu'allim al-Thānī), hasil tulisan dan suntingan tokoh sarjana terkemuka, Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar.

Majlis Pelancaran ini akan disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Syarahan Khas & Sesi Tanda Tangan Eksklusif:

Para pengunjung berpeluang mengikuti pengisian ilmu luar biasa melalui Syarahan Khas daripada Prof. Osman Bakar sendiri. Inilah peluang keemasan anda untuk memiliki buku ini, bertemu ramah, dan mendapatkan tanda tangan eksklusif secara peribadi daripada pengarang!

Jumpa anda di sana!

#BukuIBDE #MenterjemahDunia #AlFarabi #PBAKL2026 #MalaysiaMembaca

Tentang Penulis & Buku:

Dr. Osman Bakar kini memegang jawatan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Penyandang Kursi al- Ghazali dalam bidang Epistemologi dan Kajian dan Pembaharuan Ketamadunan di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di universiti tersebut. Beliau juga profesor emeritus dalam bidang Falsafah Sains di Universiti Malaya (UM). Setakat ini, beliau telah menghasilkan 43 buah buku tentang berbagai- bagai aspek pemikiran dan tamadun Islam. Beliau tersenarai dalam 500 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia sejak tahun 2009. Buku beliau yang paling popular ialah Tauhid dan Sains yang telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa di dunia.

Riwayat kehidupan tokoh falsafah Islam, Al-Fārābī amat sedikit didedahkan kepada khalayak sezaman mahupun melalui karya-karyanya. Tokoh yang dijuluki gelaran terhormat Guru Kedua (al-Mu'allim al-Thānī) ini digambarkan sebagai cendekiawan yang teguh pada agama dan seorang muslim sejati. Kehidupan dan pemikirannya dibentuk oleh ajaran Islam yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah yang memandu beliau merumuskan tindak balas intelektual terhadap pemikiran Yunani. Biografi kritis ini menyorot hidup Al-Fārābī secara ketat menggunakan sumber kepustakaan yang sahih dan khusus. Buku ini juga kajian terawal yang meriwayatkan peri kehidupan dan karya Al-Fārābī secara komprehensif. 

Price details

Free (RSVP)

RM0.00

Finding gems you'll love…

More from Buku IBDE

Show All
Past

Bicara Buku bersama Wu Ming-yi, penulis Basikal Curi (terjemahan The Stolen Bicycle)

30/05/2026·Event

More from Event

Show All

STINKY TOE 2.0 - FIND THEM ALL!

01–31/10/2026·Event

Online Art Class - Acrylic painting

07/08–20/11/2026·Event

Starman Games Night

21/08–18/12/2026·Event

FOOD ADVENTURE TRAIL 3.0

01–31/10/2026·Event

Kombucha Workshop

11–31/10/2026·Event

Terapi Alam: 慢下來,找回方向 Find Your Inner Compass

17/10/2026·Event