past

Spill the Ink!

KL Festival

Date09/05/2026

Time10:00AM


LanguageEnglish, Bahasa Malaysia

CategoryLiterature

Duration: 480 minutes without intermission

Seating: Free Seating

Dress Code: Casual

Recommended for: 13 years old and above

This event has ended.

from

RM0.00

Spill the Ink! explores memory, power and storytelling in Malaysia. Featuring the launch of Yellow, a regional literary magazine, the republication of an early Malay novel, a poetry collection rooted in myth and feminine power, and a conversation on digital reading culture—literature in motion.

Ticketing

This event can be booked on an external platform.

Find out more

About

Spill the Ink! explores memory, power and the future of storytelling in Malaysia. Featuring the launch of new regional literary magazine Yellow, the republication of one of the earliest Malay novels, a poetry collection rooted in myth and feminine power, and a conversation on how digital platforms are reshaping reading culture — this is what literature looks like when it refuses to stand still.

* * *
Spill the Ink! meneroka ingatan, kuasa dan masa depan penceritaan di Malaysia. Acara ini menampilkan pelancaran majalah sastera serantau terbaharu, Yellow; penerbitan semula salah sebuah novel Melayu terawal; pelancaran kumpulan puisi yang meraikan mitos dan keramat keperempuanan; perbincangan tentang bagaimana platform digital membentuk semula budaya membaca. Semua ini mempamerkan sastera sebagai suatu medium yang tidak tertunduk.


Programme / Aturcara

Dari BookTok ke Kedai Buku: Bagaimana Pembaca Menemui Cerita & Sastera?

Session by/Sesi oleh IMAN Publication

Literature is often seen as something serious, intellectual, even exclusive. Yet if literature truly aims to shape society, it must also be something that can be read, felt, and approached by a wider audience. And today, social media is no longer just a place to promote books, it has become a key space where talent as well as stories are discovered, discussed and shaped by readers. Platforms like Wattpad, TikTok, Threads, along with apps like local short story app CEREKA, and online reader communities are changing how stories are written, how new writers gain visibility, how books become popular and what stories get read.

As algorithms and online communities increasingly influence and shape what gets read and celebrated, this panel asks: Are these platforms creating and shaping a new literary canon? Are they expanding access to literature—or introducing new pressures for writers? Can writers and publishers make reading more accessible without sacrificing the depth of ideas?

Join us as we explore how digital spaces are reshaping reading culture and the future of literature.

* * *

Sastera seringkali dilihat sebagai sesuatu yang serius dan intelektual—bahkan eksklusif. Namun, jika sastera benar-benar ingin membentuk peradaban, sastera perlu sesuatu yang boleh dibaca, dirasai dan didekati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Dewasa ini, media sosial bukan lagi sekadar tempat untuk mengetengahkan buku. Sebaliknya, media sosial kini menjadi wadah utama untuk bakat serta cerita ditemui, dibicarakan dan dibentuk oleh para pembaca. Platform seperti aplikasi Wattpad, TikTok, Threads dan aplikasi cerpen tempatan seperti CEREKA, serta komuniti pembaca dalam talian sedang mengubah bagaimana sebuah cerita ditulis; bagaimana penulis baharu mendapat perhatian; bagaimana buku menjadi tular dan apa cerita yang dibaca.

Di era algoritma dan komuniti dalam talian makin mempengaruhi dan membentuk budaya membaca, panel mengetengahkan persoalan penting: Adakah platform berikut mencipta dan membentuk sebuah kanon kesusasteraan yang baharu? Adakah platform berikut memperluaskan akses kepada sastera—atau mendatangkan tekanan baharu kepada para penulis? Dapatkah penulis dan penerbit menjadikan budaya membaca lebih mudah diakses tanpa mengorbankan kedalaman idea?

Ikuti kami meneroka bagaimana ruang digital membentuk semula budaya membaca dan masa depan sastera Malaysia.

* * *

Panelists/Panelis: Amanz (Founder/Pengasas, CEREKA), Amir Muhammad (FIXI), Fatin Syamimy (IMAN Publication), Lila Vee (Manes)

Moderator/Moderator: Rahmah Pauzi (Head of Content & Editor-in-Chief/Ketua Konten & Ketua Pengarang, IMAN Publication)

Language/Bahasa: Bahasa Malaysia

Duration/Tempoh: 2 hours

Date & Time/ Tarikh & Masa: 9 May 2026, 10.30am - 11.30am

* * *

Sessions by PEN Malaysia / Sesi oleh PEN MALAYSIA

i) Goddesses, Demons and She Heroes / Dewi, Raksasa dan Puspa Wirawati

This session celebrates the launch of Kali in Conversation, the debut poetry collection by Mahi Ramakrishnan, which draws on the symbolism of the goddess Kali to explore themes of power, rage, resistance and the complex inner worlds of women navigating violence, memory and survival. The launch will be followed by poetry readings and a panel discussion reflecting on myth, femininity and the many ways women’s voices continue to challenge silence and reclaim narrative space. Together, these programmes reflect PEN Malaysia’s ongoing commitment to protecting freedom of expression while creating platforms for literary voices that preserve cultural memory, interrogate power and expand the possibilities of storytelling.

* * *

Sesi ini meraikan pelancaran kumpulan puisi Mahi Ramakrishnan, Kali in Conversation yang membawa citra dan perlambangan Dewi Kali dalam penerokaan tema sekitar kuasa, amarah, penentangan serta kompleksiti dunia dalaman wanita yang berdepan keganasan, memori dan kelangsungan hidup. Pelancaran ini diikuti dengan bacaan puisi dan perbincangan panel yang merenung tentang mitos, kewanitaan dan pelbagai suara wanita yang bergelut dengan kebungkaman serta kepelbagaian cara untuk suara wanita terus mencabar kebisuan dan menuntut semula ruang naratif.Melalui aturcara sebegini, PEN Malaysia beriltizam untuk meneruskan perjuangan mereka dalam mempertahankan hak kebebasan bersuara, pada masa yang sama mencipta platform bagi suara-suara sastera yang memelihara ingatan budaya, mempersoalkan kuasa dan mengembangkan kemungkinan dalam ruang penceritaan.

* * *

Speakers/Penceramah: Mahi Ramakrishnan, Sheena Gurbakhash, Genevieve Audrey

Moderator/Moderator: Ista Kyra

Language/Bahasa: English/Bahasa Inggeris

Date & Time/ Tarikh & Masa: 9 May 2026, 12.00pm - 1.30pm

* * *

ii) Hidup Yang Derhaka

This session celebrates the book launch of Hidup yang Derhaka by Shamsuddin Saleh, considered one of the earliest Malay-language novels in existence. The work is being reprinted and transliterated from Jawi through the efforts of the author’s grandson. The session will include a conversation between Amir Muhammad and the author’s grandson, on the significance of preserving early Malay literary works and making them accessible to contemporary readers.

* * *

Sesi ini merupakan pelancaran buku Hidup yang Derhaka oleh Shamsuddin Saleh yang dianggap sebagai salah sebuah novel bahasa Melayu terawal. Karya ini diterbitkan semula dan ditransliterasikan daripada tulisan Jawi oleh waris (cucu) Shamsuddin Saleh sendiri. Sesi ini turut menampilkan bual bicara antara Amir Muhammad dan waris Shamsuddin Saleh, Hazuli Hamzah tentang kepentingan memelihara karya sastera Melayu terawal dan menjadikannya mudah diakses oleh pembaca kontemporari.

* * *

Speakers/Penceramah: Amir Muhammad & Hazuli Hamzah

Language/Bahasa: Malay/Bahasa Malaysia

Date & Time/ Tarikh & Masa: 9 May 2026, 2.00pm - 3.30pm

* * *

South by Southeast / Dari Selatan Untuk Asia Tenggara

The launch of a new literary magazine, Yellow

From the founder of The Diplomat and Mekong Review comes a new magazine that promises to break new ground in Southeast Asian literary culture.

Modelled on internationally successful magazines Granta and Paris Review, Yellow is dedicated to bringing the best and most exciting writing from the region. It features fiction, nonfiction and poetry from award-winning as well as emerging writers from Southeast Asia and beyond.

Published twice yearly, each issue will focus on a topic or theme. The theme of the premier edition is ‘Parents’. Twelve regional writers with amazing stories about their parents and what they mean to them.

Yellow aims to contribute to strengthening the creative writing culture of the region as well as pushing back on the negative stereotypes of Southeast Asia that have been in currency for far too long.

Minh Bui Jones is the founder and editor of Yellow and the publisher of Bui Jones. Previously he was the founding editor of The Diplomat, an international magazine on Asian current affairs, and Mekong Review, a quarterly magazine on Asian literature. Bui Jones has been a journalist, editor and publisher for more than 30 years. He has worked for Melbourne University Press, Asia Times Online, the Sydney Morning Herald and SBS-TV. He has served as a judge for the ASEAN Fiction Prize and the Moore Prize for Human Rights Writing.

* * *

Pelancaran majalah sastera terbaharu, Yellow.

Pengasas The Diplomat dan Mekong Review kini mempersembahkan sebuah majalah baharu yang dijangka membuka lembaran baharu dalam dunia sastera Asia Tenggara.

Mengikut acuan majalah antarabangsa tersohor seperti Granta dan Paris Review, Yellow menjanjikan karya-karya terbaik dan mengasyikkan dari rantau ini. Majalah tersebut menampilkan karya fiksyen, bukan fiksyen dan puisi daripada penulis mapan serta penulis muda dari Asia Tenggara dan sekitarnya.

Majalah ini akan diterbitkan dua kali setahun dengan menampilkan fokus topik atau tema yang berlainan setiap isu. Tema edisi julung kalinya ialah tentang “Ibu bapa.” Dua belas penulis serantau menyumbang karya yang menyentuh soal ibu bapa dan pandangan mereka tentang topik tersebut.

Yellow berhasrat untuk mengeratkan budaya penulisan kreatif rantau ini, pada masa yang sama menolak stereotaip negatif sekitar Asia Tenggara yang telah berlarutan terlalu lama.

Minh Bui Jones ialah pengasas dan editor bagi Yellow serta penerbit bagi Bui Jones. Beliau pernah berkhidmat sebagai editor untuk The Diplomat, sebuah majalah antarabangsa tentang hal ehwal semasa Asia Tenggara dan Mekong Review, sebuah majalah sastera Asia yang diterbit secara suku tahunan. Bui Jones merupakan seorang wartawan, editor dan penerbit yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun. Beliau juga pernah berkhidmat di Melbourne University Press, Asia Times Online, Sydney Morning Herald dan SBS-TV. Bui Jones pernah menjadi juri bagi anugerah Hadiah Fiksyen ASEAN dan Hadiah Moore bagi penulisan tentang hak kemanusiaan.* * *

Speaker/Penceramah: Minh Bui Jones

Moderator/Moderator: Pauline Fan

Language/Bahasa: English/Bahasa Inggeris

Date & Time/ Tarikh & Masa: 9 May 2026, 4.00pm - 5.30pm

Duration/Tempoh: 1.5 hours/jam

Venue/Tempat: Muzium Telekom

* * *

Session Curators/Kurator Sesi: Pauline Fan (PUSAKA), Amir Muhammad and Mahi Ramakrishnan (PEN Malaysia), Rahmah Pauzi (IMAN Publication)

Finding gems you'll love…

More from KL Festival

Show All

Untitled

16/05–07/06/2026·Exhibition

The Everyday Moments – City Art Pavilions

0631/05/2026·Exhibition

⁠Ronggeng Kuala Lumpur Exhibition

18/05–06/06/2026·Exhibition

Balai Gema Hikayat

01/05–30/06/2026·Exhibition

Secret Trees of KL

0730/05/2026·Event

Dance The Walk

0930/05/2026·Dance

More from Event

Show All

莊振權老師 -書法基礎課程 Chinese Calligraphy: Basic Chinese Calligraphy by Mr Ch'ng Chen Chien

06/03–29/05/2026·Event

郭溫和老師 - 書法課程:宋徽宗瘦金體(楷行)Chinese Calligraphy: Kai–Xing Style, Emperor Huizong’s Slender Gold Script by Mr Kerk Won Hoo

06/03–30/05/2026·Event

K-Pop Dance & More!

24/01–28/06/2026·Event

郭溫和老師 - 水墨畫課程:大寫意與小寫意 Chinese Ink Painting: Expressive Style by Mr Kerk Won Hoo

06/03–30/05/2026·Event

Desi Grooves (Bollywood & Tamil Dance Fusion)

10/02–21/07/2026·Event

郭温和老师 - 大篆課程:甲骨文書風 Chinese Calligraphy: Oracle Bone Script by Mr Kerk Won Hoo

14/03–30/05/2026·Event