The Moonshine Round ft. VIONA, Amrita Soon, Alwagera and Azmyl Yunor

KL Festival


LanguageEnglish, Bahasa Malaysia

CategoryMusic

Duration: 60 minutes with intermission (15 minutes)

Seating: Free Seating

Dress Code: Casual

from

RM50.00

Veteran indie series Moonshine has returned to KL, this time in the form of a singer-songwriter show. The Moonshine Round seats four solo acts from the city's roster of singer-songwriters on stage at the same time, taking turns sharing and performing their original works.

Ticketing

This event can be booked on an external platform.

Find out more

About

The Moonshine Round ft. VIONA, Amrita Soon, Alwagera and Azmyl Yunor. 

VIONA is the solo project of Takahara Suiko (Taka), a prolific lyricist, composer and producer who has released over 200 songs since 2009 across both outfits, VIONA and The Venopian Solitude, including two commercial albums. Their work has been featured internationally, with three songs included in the Netflix documentary Shirkers, shortlisted for Best Documentary at the 91st Oscars. Their credits also span film, theatre and collaborations, including Suatu Ketika (“Senja”), Pohlithik (2019), Ralat the Musical (2019), and Mentega Terbang (2020). Their latest project, Himpunan Lagu Rakyat, is an 11-track conceptual album inspired by Malay proverbs.

Amrita Soon crafts heartfelt songs that explore love, heartbreak and coming of age, pairing intimate storytelling with a soothing voice and acoustic sensibilities. She has performed at notable venues such as the Dewan Filharmonik Petronas and was an Official Showcase Artist at the 2024 Folk Alliance International Conference in Kansas City, with additional performances across Malaysia, Nashville, Nanning and Okinawa. Her songwriting extends to film, including co-writing the theme for Rain Town (2024) and contributing the track Together to Worth The Wait. Committed to nurturing emerging talent, she also founded MY Songwriters Round, a quarterly live series spotlighting Malaysia’s rising songwriters.

Amanina Alwani Badaruddin, professionally known as Alwagera, is a composer, performer and educator who has been a lecturer at UiTM’s Faculty of Music since 2016, holding an MSc in Music for Screen from the University of Edinburgh. Bridging academia and industry, her work spans award-winning animation (Batik Girl), films (Tiga Janda Melawan Dunia), and major campaigns including Petronas’ Dilema Raya 2023, alongside collaborations with artists such as Danial Chuer and Ismail Izzani. Rooted in R&B and pop, her sound is distinguished by the integration of Malaysian traditional elements like gamelan and asli. A seasoned performer since her teens, she has appeared with leading jazz figures and ensembles at venues and festivals including Jao Tim and the George Town Festival, continuing to play an active role in Malaysia’s jazz scene.

Azmyl Yunor subscribes to the “three chords & the truth” school of songwriting, carving out a singular voice on the fringes of the Malaysian arts scene since the late 1990s as a founding member of several seminal underground bands. Known for his sharp wit and uncompromising vision, his work balances raw honesty with biting satire — qualities that earned his album John Bangi Blues praise from NME for its “raw power and lyrics that shuffle between satirical humour and a stiff middle finger.” His 2010 release Warga (“citizen” in Malay), hailed by Junk magazine as “the best Malaysian folk album ever,” is set for a cassette reissue in 2026.


The Moonshine Round menampilkan VIONA, Amrita Soon, Alwagera dan Azmyl Yunor. 

VIONA ialah projek solo Takahara Suiko (Taka), seorang penulis lirik, penggubah lagu dan penerbit yang telah menghasilkan lebih 200 buah lagu sejak tahun 2009 di bawah pelbagai nama seperti VIONA dan The Venopian Solitude, termasuk dua album komersial. Karya beliau telah mendapat penampilan di peringkat antarabangsa, dengan tiga lagu dimuatkan dalam dokumentari Netflix Shirkers yang telah disenarai pendek bagi Dokumentari Terbaik di Anugerah Akademi ke-91. Beliau turut terlibat dalam beberapa filem, teater dan kerjasama lain seperti Suatu Ketika (“Senja”), Pohlithik (2019), Ralat the Musical (2019) dan Mentega Terbang (2020). Projek mutakhir beliau, Himpunan Lagu Rakyat, merupakan sebuah album konseptual dengan 11 buah lagu yang diilhamkan daripada peribahasa Melayu.

Amrita Soon menjalinkan tema seperti cinta, patah hati dan kisah kedewasaan bersama penceritaan intim yang disampaikan melalui lunak suara dan kehalusan akustik. Beliau pernah berpanggung di pelbagai tempat tersohor antaranya di Dewan Filharmonik Petronas dan merupakan salah seorang Artis Persembahan Rasmi pada tahun 2024 di Folk Alliance International Conference di Kansas city, serta beberapa persembahan lain merangkumi Malaysia, Nashville, Nanning dan Okinawa. Amrita Soon turut menumpahkan bakat beliau ke dalam filem, termasuk menjadi penulis bersama lagu tema Rain Town (2014), serta menyumbangkan lagu “Together” untuk filem Worth The Wait. Beliau juga bertekad untuk memupuk bakat baharu melalui MY Songwriters Round, sebuah siri persembahan langsung suku tahunan yang diasas oleh beliau untuk menampilkan penulis lagu baharu yang sedang meningkat naik di Malaysia.

Amanina Alwani Badaruddin, dikenali secara profesional sebagai Alwagera, merupakan seorang penggubah lagu, artis persembahan dan pendidik yang kini mengajar di Fakulti Muzik UiTM sejak tahun 2016. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains (MSc) dalam bidang Muzik untuk Seni Layar daripada University of Edinburgh. Alwagera menjambatani dunia akademik dan industri melalui karya-karya beliau yang memenangi anugerah dalam bidang animasi (Batik Girl), filem (Tiga Janda Melawan Dunia) dan kempen utama termasuk Dilema Raya Petronas pada tahun 2023. Beliau juga bekerja sama dengan artis seperti Danial Chuer dan Ismail Izzani. Berlatarbelakangkan R&B dan Pop, Alwagera dikenali dengan menggabungkan elemen tradisional Malaysia seperti gamelan dan asli ke dalam muzik beliau. Sebagai seorang artis persembahan berpengalaman sejak usia remaja, beliau juga pernah tampil bersama tokoh dan ensembel jazz terkemuka di pelbagai pentas dan pesta, termasuk pesta Jao Tim dan Festival Bandar George Town. Dewasa ini, Alwagera terus memainkan peranan aktif dalam persada jazz Malaysia.

Azmyl Yunor mengimani mazhab penulisan lirik lagu “tiga kord dan kebenaran”, membentuk suara tersendiri di pinggiran dunia seni Malaysia sejak lewat tahun 1990an sebagai susuk pengasas beberapa kumpulan bawah tanah yang berpengaruh. Dikenali dengan akal yang tajam dan wawasan yang tidak mudah goyah, karyanya mengimbangi antara satira mencengkam dengan kebenaran tanpa selindung. Hal ini menjadikan albumnya, John Bangi Blues, dipuji oleh NME dek “daya dan lirik asli yang bergerak antara kelucuan satira dan isyarat jari tengah yang padu.” Pada tahun 2010, beliau menerbitkan Warga yang diangakt oleh majalah Junk sebagai “album folk Malaysia terbaik” yang pernah wujud. Album tersebut akan diterbitkan semula dalam bentuk kaset pada tahun 2026.

Finding gems you'll love…

More from KL Festival

Show All

Maybank Art Collection Exhibition (MACE)

06/04–22/05/2026·Exhibition

Whispering Pixels

28/04–31/05/2026·Exhibition

Balai Gema Hikayat

01/05/2026·Exhibition

The Everyday Moments – City Art Pavilions

06/05/2026·Exhibition

I Can’t See Myself In This Landscape

0631/05/2026·Event

Pay It Forward: Share the Festival

0631/05/2026·Event

More from Music

Show All

Moonlight Concert Series

09/02–02/11/2026·Music

Past

Colours of Classical Guitar

26/04/2026·Music

Samantha Diana: Standards After Dark - Closer Than Ever

28/04/2026·Music

Havana To Rio • Latin Jazz After Dark: Ida Mariana, Hady Afro & Rodrigo Parejo

2930/04/2026·Music

EPROOM 2.0

02/05/2026·Music

USM Music Department Ensemble Project

02/05/2026·Music