Roll: Kita Sama
Language: English, Bahasa Malaysia
Category: Dance, Music
Duration: 180 minutes without intermission
Dress Code: Casual
Price
RM0.00
from
RM0.00
All Fees Included
Duration: 180 minutes without intermission
Dress Code: Casual
Ticketing
About
Roll: Kita Sama is a vibrant outdoor roller performance and social skate sessions celebrating the energy, diversity, and spirit of Kuala Lumpur. The performance blends roller dance choreography, artistic skating, and high-energy inline and quad stunt performances, and tells the playful story of skaters navigating the lively streets of KL. Along the way, different personalities and styles meet, interact, and connect, reflecting the city’s colourful cultural mix. With moments of light comedy, dynamic movement, and thrilling stunts, the performance builds toward a powerful finale that celebrates unity through movement.
Presented by Malaysia Dance Skate (MDS), this show brings together community skaters to showcase Malaysia’s growing roller culture in a fun, energetic, and family-friendly experience.
In addition to the show, skaters are encouraged to come down and roll with us together!
* * *
Public Participation & Safety Notice
As rollerskating is a physical activity that involves movement and balance, there are inherent risks such as falls, collisions, or minor injuries. Participants who wish to join the skating session will be required to complete and sign a physical Participation & Liability Acknowledgement Form at the event site before entering the skating area.
By participating in the activity, individuals acknowledge and agree that:
- Participation is voluntary and at their own risk.
- Participants are responsible for their own safety, conduct, and skating ability.
- Participants must follow safety instructions and guidance from Malaysia Dance Skate (MDS), KL Festival organisers or volunteers.
- Malaysia Dance Skate (MDS), KL Festival, event organisers, partners, and volunteers shall not be held liable for any injuries, accidents, loss, or damages that may occur during participation.
For participants under the age of 18, a parent or legal guardian must complete and sign the acknowledgement form on their behalf.
* * *
Creative Director/Producer:
Aeneyonwheels
Community Talents:
RollerRatz(@rollerratzkl)
SlimFat Roller Dance Club (@slimfatrdc)
Sibling Skaters (@_siblingskaters_)
Rush (@sk8rush)
Arel Aqmal (@arel.notmyrealname)
Kenji (@kenji428_)
A Production of Malaysia Dance Skate
Roll: Kita Sama ialah sebuah persembahan geluncur roda luar penuh rona-roni yang meraikan tenaga, kepelbagaian dan semangat Kuala Lumpur. Menggabungkan koreografi tarian geluncur roda, geluncur roda artistik, serta aksi hebat menggunakan inline dan quad, persembahan ini menceritakan perjalanan para peluncur menyusuri jalan-jalan meriah di ibu kota. Sepanjang penceritaan ini, pelbagai susuk dan ragam bertembung, berinteraksi dan saling berhubung, mencerminkan kepelbagaian budaya kota yang berwarna-warni. Dengan selingan komedi ringan, pergerakan dinamik dan aksi lasak yang mendebarkan, persembahan ini memuncak dengan sebuah penutup yang meraikan kesatuan melalui gerakan.
Dipersembahkan oleh Malaysia Dance Skate (MDS), persembahan selama 3 jam ini menghimpunkan komuniti geluncur roda bagi mengetengahkan budaya geluncur roda yang semakin berkembang di Malaysia dalam sebuah pengalaman yang mengasyikkan, bertenaga dan mesra seisi keluarga.
Peserta geluncur roda juga digalakkan untuk turun dan "roll sama" beramai-ramai!
* * *
Peringatan Keselamatan Peserta
Geluncur roda ialah aktiviti fizikal yang memerlukan pergerakan dan pengimbangan tubuh. Terdapat risiko nyata seperti terjatuh, terlanggar atau kecederaan ringan yang lain. Peserta yang ingin menyertai sesi geluncur roda perlu mengisi dan menandatangani Borang Pengakuan Penyertaan & Tanggungan Liabiliti secara fizikal di tempat acara sebelum memasuki kawasan luncur.
Dengan mengambil bahagian dalam aktiviti ini, para peserta dianggap telah memahami dan bersetuju bahawa:
- Peserta menyertai aktiviti ini secara sukarela dan atas tanggungjawab sendiri.
- Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan diri, tingkah laku, serta tahap kemahiran geluncur roda mereka.
- Peserta harus mengikuti arahan keselamatan dan panduan yang disediakan oleh Malaysia Dance Skate (MDS), penganjur KL Festival dan petugas pesta.
- Malaysia Dance Skate (MDS), KL Festival, event organisers, partners, and volunteers shall not be held liable for any injuries, accidents, loss, or damages that may occur during participation.
- MDS, KL Festival, penganjur acara, rakan acara dan petugas tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan, atau kerosakan yang mungkin berlaku sepanjang penyertaan aktiviti ini.
Bagi peserta berusia bawah 18 tahun, ibu bapa atau penjaga perlu mengisi dan menandatangani borang pengakuan untuk pihak peserta.
* * *
Pengarah Kreatif/Penerbit:
Aeneyonwheels
Bakat Komuniti:
RollerRatz(@rollerratzkl)
SlimFat Roller Dance Club (@slimfatrdc)
Sibling Skaters (@_siblingskaters_)
Rush (@sk8rush)
Arel Aqmal (@arel.notmyrealname)
Kenji (@kenji428_)
Sebuah Produksi Malaysia Dance Skate
Finding gems you'll love…
More from KL Festival
More from Event
Watch at Venue
李愛萍老師 - 水墨畫基礎課程:向日葵 Basic Chinese Ink Painting: Sunflower by Ms Ivy Lee
04/03–20/05/2026·Event
Watch at Venue
夏振基老師 - 夏老師書法教室 · 興趣班/親子班 Chinese Calligraphy Class for Parents & Children by Mr Ha Chan Kee
04/03–20/05/2026·Event
Watch at Venue
潘金海老師 - 嶺南水墨花鳥畫 Chinese Ink Painting: Bird-and-Flower (Lingnan school) by Mr Puah Kim Hai
05/03–21/05/2026·Event