Ragang Nunuk III
Date: 22/04/2026
Time: 8:00PM
Duration: 5 minutes without intermission
Price
RM0.00
from
RM0.00
Price
RM0.00
from
RM0.00
Duration: 5 minutes without intermission
Performers & Creatives
Ticketing
This event can be booked on an external platform.
About
RAGANG NUNUK III
TAYANGAN PERDANA DI SALURAN YOUTUBE ITISUNDU : RAGANG NUNUK III - GONDING GEN | Ancestral Dusun Song: Sabah, Borneo (Official MV)

Ragang Nunuk lahir daripada kolaborasi silang budaya antara Gonding Gen, Hujiko (Taipe National University of the Arts) dan kumpulan muzik tradisi Rolou Pomogunan (Sabah). Berakar daripada Lilihis:puisi sastera Dusunik, karya ini membawa suara generasi hari ini untuk kembali menelusuri asal-usul, memahami identiti, dan menghidupkan semula hubungan dengan leluhur.
Lebih daripada sebuah lagu, Ragang Nunuk III ialah arkib hidup di mana bahasa, adat dan memori kolektif terus bernyawa. Ia menjadi medan tafsiran generasi masa kini terhadap makna hidup, sambil menegaskan bahawa warisan budaya bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dijaga, dihidupkan, dan diwariskan dengan penuh tanggungjawab.
Ragang Nunuk III melambangkan "ruang asal" kita kembali berdamai dengan diri, melepaskan luka lama, dan menyatukan semula hubungan dengan leluhur. Perjalanan lagu ini bergerak daripada kesedaran kehilangan, kepada pencarian dan keberanian untuk pulang, sehingga mencapai penyatuan, pemulihan jiwa, dan keseimbangan rohani.
Akhirnya, Ragang Nunuk III terhasil sebagai penegasan dan pernyataan kedaulatan budaya bahawa bahasa, adat dan tradisi adalah amanah bersama komuniti. Ia bukan sekadar karya seni, tetapi satu panggilan untuk kembali, mengingati, dan menjaga apa yang menjadi akar kepada siapa kita.
Inilah para penggerak karya ini:
Lagu ini lahir dari semangat kolaborasi lintas budaya dan akar tradisi
Artis: Gonding G
Penulis Lirik: Adrian Soros
Muzik & Komposer: Hujiko
Muzik Tradisi: Rolou Pomogunan
Pendana: Yayasan Hasanah & Youth Environment Living Labs (YELL)
Pereka Cover Lagu: Pangrok Sulap dan Komuniti Gonding Gen
Penerbit: Pertubuhan Tradisi Kesusasteraan Kg Bundu Tuhan Ranau ( ITISUNDU)
Ragang Nunuk adalah kesinambungan silang budaya yang bermula di Taiwan (Nov 2025)
Alunan suara Gonding Gen menjadi simbol keteguhan dan keberanian generasi muda
Kami bangga mempersembahkan karya ini~
Rolou diti tundu undu tungkusan, sokodung dokoyu pinuhobo dahai , Sompuru dahai
Mari jadikan Ragang Nunuk 3 sebagai, irama kita , cerita kita, kebanggaan kita