Profession:
Producer, Production Manager, Playwright/Scriptwriter, Actor/Actress
Based Location:
Klang Valley
JINGGA PURNAMA diinspirasikan oleh warna bulan yang kelihatan jingga ketika kedudukan bulan paling hampir dengan ufuk iaitu ketika bulan baru naik atau hampir terbenam serta sewaktu fenomena bulan gerhana penuh. Membawa makna simbolik keindahan dalam perubahan, seperti teater yang mementaskan hal-hal biasa menjadi berseni. Bulan berwarna jingga juga istimewa kerana tidak muncul setiap malam, demikian pula karya Jingga Purnama yang mempunyai keunikan tersendiri dan dinantikan oleh penonton.