LATAR BELAKANG BANGSAWAN WARISAN MORAZA
Penubuhan:
Ditubuhkan pada 2007 & didaftarkan pada 2009 bagi meneruskan legasi Persatuan Bangsawan Seri Perak selepas pemergian pengasasnya, Allahyarham Onie Moraza (Tokoh Budaya Negeri Perak).
Keahlian & Naungan: Dianggotai oleh lebih 40 penggiat seni (anak didik asal sejak 1987) dan bernaung di bawah Majlis Kebudayaan Negeri Perak serta Majlis Teater Perak.
Fokus Utama: Mempelopori pementasan Bangsawan, teater, drama TV/radio/filem, puisi, randai, serta penganjuran bengkel seni persembahan.
Sejarah DiRaja: Melakar sejarah melalui pementasan Bangsawan DiRaja “Panglima Segenta Alam” yang dihadiri oleh DYTM Raja Puan Besar Perak, DYAM Raja Dihilir Perak dan DYAM Raja Puan Muda Perak.
Kepakaran Industri: Ahli pertubuhan diiktiraf sebagai Panel Pakar NOSS Teater (Tahap 4–5), Ketua Fasilitator DBP, serta Jurulatih Seni Budaya Negara (JKKN).
Pentas Antarabangsa:
Mewakili Malaysia ke Republik Czech (2016), China (2019), Singapura (2019), Brunei (2022), Riau Indonesia (2025).
Reputasi & Anugerah:
Tokoh Penggiat Seni Budaya Negeri Perak 2023 (Teater), Pengarah Terbaik Peringkat Negeri dan kebangsaan, Pemegang Malaysia Book Of Record “First To direct Royal Theater Play”, Pelakon lelaki terbaik dan pembantu terbaik serta merangkul pelbagai kejuaraan utama anjuran JKKN dan Jabatan Penerangan, termasuk Johan Festival Teater Perak, Pelakon Wanita Terbaik Kebangsaan (Monodrama), serta Johan Pengkisahan Kenegaraan.