Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor adalah pertubuhan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan bekerjasama dengan Tunas Warisan Budaya serta beroperasi di Bandar Putra, Kulai, Johor dengan rasa kesedaran yang tinggi berhubung dengan kesenian tari zapin negeri Johor adalah dengan mengekalkan keasliannya. Pendekatan ini difikirkan harus dilakukan demi memupuk semangat jati diri serta cintakan kesenian dan kebudayaan bangsa yang berteraskan kesenian yang dibawa oleh pengasas dan penerus zapin di negeri Johor.
Pe-zapin Johor juga memberikan khidmat Kumpulan Persembahan, Bengkel Dan Kelas Tarian, Perkhidmatan Jurulatih, Sewaan Busana Tarian Dan Studio Black Box. Pusat Penilaian Amali bagi Sijil Kemahiran Malaysia bidang Tari Muzik Teater di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia Pegawai Penilai (PP-PPT) Pegawai Pengesah Luaran (PPL-PPT) Pegawai Pengesah Luaran (PPL- SLDN) Penyelaras Agensi (PPA-PPT) dan kini Pe-zapin Johor juga kini telah disenaraikan antara salah satu Pusat Penilaian Amali - Sijil Kemahiran Malaysia dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran