Menghimpunkan dan menyatukan anak-anak seni di negeri Melaka dari pelbagai bidang seperti Muzik, Teater, Tarian, Seni Visual, Seni Tradisonal dan Kontemporari.
Pertubuhan ini berperanan memartabatkan warisan seni budaya tempatan, memperkasa bakat generasi muda melalui pendidikan dan pendedahan seni serta menjadi platform kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta dan komuniti dalam memperluas pengaruh seni sebagai pemangkin sosial, pelancongan dan ekonomi kreatif negeri Melaka.